Sejak semalam aku
berusaha memujuk mak dan abah agar mengizinkan aku pergi bercuti di Pulau
Pangkor. Bukannya selalu aku mendapat peluang bercuti panjang. Bilik di Pangkor
Island Beach Resort pun sudah aku tempah. Rugi nanti kalau tidak jadi pergi.
Mahal tu!
“Najla, mak dengan abah ni risau tau tak?
Anak dara pergi berjalan sorang-sorang. Buatnya ada apa-apa hal berlaku, macam
mana?” emak memberikan aku khutbah Isnin secara percuma.
“Kenapa kamu tak ajak kawan teman?” Alamak!
Bila abah sudah bersuara, perut jadi kecut dan harapan terasa tipis. Tapi
usahakan tangga kejayaan. Pantang mengalah sebelum kalah. Hehehehe....
“Bukan
Najla tak nak ajak kawan bah, tapi diorang tu semua sibuk, tak dapat cuti.
Lagipun, Najla pergi Pangkor je... boleh la...”
Salah aku juga,
menempah hotel sebelum meminta kebenaran daripada emak dan abah. Masak la macam
ni. Kena juga pujuk mereka untuk izinkan aku pergi.
Aku tahu mak dan
abah risau anak perempuan tunggal mereka ni berjalan sendirian. Tapi in shaa
Allah, aku yakin Allah akan sentiasa melindungi hambaNya dan sebelum ini pun
aku pernah ke sana dengan kawan-kawan. Jadi sudah agak biasa juga dengan tempat
tu.
“Naj janji Naj akan jaga diri... Naj akan
call mak ngan abah setiap hari...Boleh la....” aku berjanji kepada mak dan
abah. Dengan harapan janjiku ini dapat melembutkan hati kedua orang tuaku.
Abah menunjukkan
riak wajah yang tidak berpuas hati, emak hanya menjuihkan bibirnya. Habis la,
abah dan emak tidak termakan janji aku.
Aku sudah
terbayang cuti panjangku yang akan dihabiskan di rumah sahaja dan akan dipenuhi
aktiviti makan dan tidur. Nasib tak baik, mungkin terpaksa masuk kelas memasak
tidak formal anjuran emak. Boringnya!
Aku melepaskan
keluhan yang panjang. Takde rezeki la nak ke sana. Aku capai kunci kereta dan
beg tanganku. Bersiap untuk ke tempat kerja. Aku pandang emak dan abah sekilas.
Merajuk la konon.
“Tak minum dulu Najla? Penat emak kamu masak
sarapan. Kamu tak sentuh pun!”
Alah...kalau abah
dah bertanya jawabnya kena la minum dulu. Kalau tak mahu di tempik di pagi yang
hening ni. Abah agak garang, tapi itu dulu. Semasa aku masih belajar. Tetapi
semenjak dua menjak ni, kegarangan abah dah berkurangan. Mungkin faktor usia
kot.
“Hurmm...” abah berdehem sambil menghela nafas yang panjang. “Kamu tu Najla, kalau dilarang macam mana pun, kalau
kamu nak pergi, kamu pergi jugakkan? Jagalah diri tu elok-elok. Make sure everyday
kamu call mak atau abah.”
Aku menguntum
senyum lebar. Yes! Abah dah izinkan. Emak
hanya tersenyum.
“Ok! Naj janji akan jaga diri Naj elok-elok
and akan call emak abah everyday... love you lah! Muah...”
Aku cium pipi
emak dan abah.Happy sangat dapat
pergi. Tak sabar dah ni. Sabtu ni, akan sampailah aku ke sana. Cepat-cepat aku
habiskan mee goreng dipinggan. Takut lama-lama di meja ni, emak dan abah
berubah fikiran pula. Lagipun aku harus keluar sekarang kalau tidak mahu terlambat
sampai ke pejabat.
Mungkin sebab
hari ini hari Isnin, tren agak sesak daripada biasa. Mungkin masing-masing
menghidap penyakit Monday blues sama
seperti aku dan pergerakan untuk bersiap ke pejabat menjadi lebih lambat daripada biasa.
Seperti biasa,
kalau aku terpaksa berdiri, aku akan berdiri di tepi pintu. Senang untuk aku
keluar nanti dan membolehkan aku bersandar di dinding tren sambil melayan
mataku yang sememangnya akan memberat sebaik sahaja berada di dalam tren.
Sedang aku asik
memandang ke luar, tiba-tiba terasa seperti lelaki di sebelah menghimpit tubuhku.
Aku cuba berbaik
sangka yang lelaki ini tidak sengaja dan keadaan tren yang agak sesak memaksa
dia menghimpitku. Aku cuba menjarakkan kedudukan kami dengan merapatkan tubuhku
ke dinding tren.
Semakin aku rapat
ke dinding aku terasa semakin galak pula dia menggeselkan badannya ke tubuhku,
aku sudah rasa lain macam. Apa hal pula mamat ni? Ya Allah, tolong la hambamu
ini Ya Allah.
Tidak sampai dua
minit, tiba-tiba sepasang tangan melekap ke dinding tren di kiri dan kananku. Dan
lelaki itu seperti menjarakkan badannya. Walaupun badan kami tidak bersentuhan,
tetapi aku masih lagi berasa tidak selesa. Dalam keadaan begini lebih mudah
untuk dia mengambil kesempatan ke atasku.
Lelaki ini harus
di ajar! Aku bersiap sedia untuk mengajar lelaki gatal itu.
Satu...dua...tiga!
Aku berpaling dan mendongak
untuk melihat wajahnya. Pandangan mata
kami bertaut. Dunia terasa hanya milik kami berdua. Jantung berdegup
kencang, hati berdebar dan terasa wajahku sudah membahang menahan rasa. Satu rasa yang aneh yang
menerpa di dalam hatiku.Terasa seperti mataku sudah dipaku oleh pandangan matanya yang tajam. Dia menundukkan kepalanya sedikit dan mendekatkan wajahnya ke sisiku.
“Lain
kali cuba pertahankan diri...jangan diam membisu...” Iqbal berbisik
perlahan di telingaku. Aku hanya mampu menganggukkan kepala perlahan-lahan kerana lidahku kelu untuk berkata-kata. Sungguh aku terkejut kerana tidak menyangka Iqbal cuba melindungi aku daripada lelaki gatal tadi.
Ehh... tapi siapa pula yang cuba membuat onar tadi ek? Aku
memandang sekelilingku. Ternampak olehku seorang lelaki warga asing yang
terkulat-kulat memandang kami. Mungkin dia la lelaki miang yang cuba menggatal
tadi.
Hish...ikutkan hati memang nak je aku bagi penampar sedas dua. Nasib baik ada penyelamat datang. Kalau tidak, harus la si gatal itu kena sepakan jurus ke lima daripada aku.
Hish...ikutkan hati memang nak je aku bagi penampar sedas dua. Nasib baik ada penyelamat datang. Kalau tidak, harus la si gatal itu kena sepakan jurus ke lima daripada aku.
Aku kembali memandang ke luar tren. Tidak sanggup rasanya
hendak bertentang mata dan berlawan pandang dengan penyelamatku walaupun hatiku bagai digaru-garu untuk memandang si dia. Control la skit kan. Mana boleh tunjuk sangat yang kita suka pada dia kan. Harus la menjadi wanita melayu terakhir di depan pujaan hati. Huhuhuhu....
Sepanjang perjalanan sepasang
tangannya tetap setia melekap di dinding tren. Seolah-olah melindungi aku daripada gangguan orang lain. Perasaan selamat menjelma di dalam
diri dan aku terasa sangat
dekat dengannya. Perasaan dan rasa yang aneh itu kembali
menerpa. Rasa yang aku sendiri sukar untuk mentafsirkannya.
“Next
station, Ampang Park”
Lega, sampai juga
akhirnya. Sepasang tangannya tidak lagi di sisiku. Mungkin dia juga bersiap
sedia untuk keluar daripada tren. Aku seboleh mungkin cuba untuk tidak
memandang wajahnya. Sebaik sahaja
pintu tren terbuka, aku terus melangkah keluar.
“Najla...tunggu...” Lengan bajuku terasa
ditarik.
Aku berpaling dan
secara automatik mata memandang ke bawah. Ke arah kakiku. Manalah tahu kalau aku
tersilap memakai kasut lagi.Setelah berpuas hati dan segalanya nampak ok dan
sempurna, barulah aku berani bersuara.
“Err... kenapa Encik Iqbal?”
Dia tersenyum
sambil melepaskan lengan bajuku. Alahai... kenapalah
senyuman dia mengancam sangat ni?
![]() |
| Alahai... kenapalah senyuman dia mengancam sangat ni? |
”Kasut awak ok....” Eh...Dia boleh
dengar suara hati aku ke? Amboi...sangat sehati sejiwa gitu. Hahahaha.... Tapi jangan la excited sangat Najla. Tapi apa motif dia panggil aku?
“Dah tu kenapa Encik Iqbal?”
“Jom! Jalan sama-sama..." dia mengenyitkan
matanya dan terus membuka langkah. Eh... tiba-tiba
je mamat ni. Pelik! Segan la pula nak berjalan bergandingan dengan dia. Tapi inikan peluang yang mungkin sekali seumur hidup. Hurmmm...takkan nak lepaskan begitu sahaja. Aishhh...dalam dilema nih.
Dia berpaling dan
menunggu aku untuk memulakan langkahku. Cepat-cepat aku
melangkah menghampirinya. Tak sanggup berjalan perlahan dan menjadi tontonan matanya. Terasa serba tak kena langkahku apabila dia memandang aku tanpa berkelip.
Kami sama-sama
melangkah keluar dari stesen. Masing-masing diam melayan perasaan sendiri. Aku
jadi kekok.
“Awak dah breakfast?” Iqbal tiba-tiba
berpaling dan bertanya.
“Belum... errr... Encik Iqbal?” aku hanya
memandang dia sekilas.
“Belum.”
Senyap.
****************************************************************************
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua yang membaca... keep on reading and as usual ur comment and feedback is much appreciated...
Slightly delayed in publishing new chapter due to Ramadhan, Syawal and also sons yang kene demam campak... hehehehe... btw hope u guys enjoy reading this chapter and keep on supporting me ya... thanks a lot....
****************************************************************************
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua yang membaca... keep on reading and as usual ur comment and feedback is much appreciated...
Slightly delayed in publishing new chapter due to Ramadhan, Syawal and also sons yang kene demam campak... hehehehe... btw hope u guys enjoy reading this chapter and keep on supporting me ya... thanks a lot....


Tulis la panjang sikit....potong stim ajer..tgh baca best2..tibe2 dah abis... hihihi.... best la kak maz.
ReplyDeletependek ke? igt dah panjang sgt dah... nanti kalo panjang sgt boring plaks hehehehe...
Deletetq ek sbb sudi bace...jgn lupa bace next chapter pulak nanti ek...
ehm..bleh than.aq pun ad jgk buad novel tajknya PERGILAH SAYANGKU.tp aq x tlis kt blog tlis kt lappy../
ReplyDeleteThanks sbb bace... Share la novel tu... Mana tahu kot boleh kita sama-sama improve our writing.. :)
Deleteyela...x pe nnti aq cba sharekan ^_^
ReplyDelete:)..chaiyokk!
Delete:)
ReplyDeletetunggu k....