Thursday, April 14, 2016

Diam-Diam Cinta - Bab 8

Bab 8

Spontan aku menoleh ke arah pintu lobi. 

Ya Allah! Handsomenya dia. Patutlah lama bersiap!

Aku diam, menelan liur memandang figura yang sedang berjalan perlahan ke arah kami. Adakah ini jodoh? Kenapalah dalam banyak-banyak tempat dan manusia di muka bumi ini, dia yang muncul?

Lamanya kamu bersiap Iqbal” tegur pakcik Syam.

Yelah bang, lama sungguh... ni Najla, kenalkan ini anak makcik, Iqbal.

Memang dah lama kenal makcik.

Ermmm...mak, kami dah kenal...sangat kenal” dia bersuara sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih. 

Ohhh... ye ke... macam mana boleh kenal?

Mak Kiah memandang kami berdua silih berganti.

Nak kena jawab ke?Biar jelah mamat tu yang jawab.

Kami satu pejabat, kadang-kadang satu tren, mama

Aku hanya menganggukan kepala, mengiyakan penjelasan Iqbal. Mak Kiah tersenyum lebar.

Mama! cepatlah...kot ye nak berborak naik la van dulu... dalam ni boleh sambung borak” tiba-tiba terdengar Fatihah menjerit dari dalam van. Sudah bosan menunggu dan tidak sabar untuk bergerak ke pekan agaknya.

Yelah..yelah...moh la kita Najla...kang ada pula yang menangis kat dalam van tu...” ngomel mak Kiah sambil menarik tanganku menuju ke arah van. Pakcik Syam sudah terlebih dahulu masuk ke dalam van dan duduk bersebelahan dengan pemandu.

Me first!” Iqbal mendahului kami masuk ke dalam van dan duduk di sebelah Fatihah.

Huh! Tak gentleman langsung.

Mak Kiah masuk ke dalam van dan mengambil tempat di hadapan Fatihah.

Alamak, takkan aku nak duduk depan mamat tu? Aduh tak tenteram naluri kewanitaan aku. Hahahaha. Belasah jela Najla. Kejap je pun.

Berdebarnya jantung.

*****************************************************************************
Alhamdulillah setelah hampir 3 tahun tertangguh, dapat juga saya meneruskan penulisan cerita ini... semoga saya akan terus istiqamah...

Wednesday, December 4, 2013

Diam-Diam Cinta ~ Bab 7

Bab 7

Usai bersolat dan bersiap ala kadar aku bergegas ke lobi hotel. Sudahlah hendak menumpang orang, takkan nak biarkan orang tu pula menunggu aku. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa la kan.

Maaf Cik, van sudah sampai.. Cik boleh sertai kumpulan itu...” peyambut tetamu resort ini dengan lembutnya memberitahuku. Kan bagus perkhidmatan seperti ini. Cakap lemah lembut, sopan santun dan sentiasa tersenyum, barulah sejuk hati tetamu. 

Aku mengekori langkahnya ke arah kumpulan tetamu yang dimaksudkan tadi. Aku lihat mereka hanya bertiga. Seorang wanita yang mungkin dalam pertengahan 50an, seorang lelaki yang hampir sebaya dengan wanita tadi, mungkin suaminya dan seorang gadis remaja dalam lingkungan 18 tahun. Lega rasa hati apabila melihat mereka yang nampak seperti orang baik-baik sahaja.

Sebaik sahaja diberitahu tentang aku, mereka terus melemparkan senyuman mesra. Fuh... lega rasanya.

Assalamualaikum makcik...saya Najla...” aku memperkenalkan diri sambil menghulur tangan untuk bersalam.

Waalaikumussalam...Najla...sedap nama tu...nama makcik Rokiah...panggil Mak Kiah jela...ini suami makcik pakcik Syam dan ini anak dara makcik Fatihah...” sambil menyambut huluran tanganku, Mak Kiah memperkenalkan ahli keluarganya satu persatu.

Pakcik Syam hanya tersenyum sambil mengganggukkan kepalanya. Fatihah pula terus bersalam denganku sambil melagakan pipinya ke pipiku. Nampak ceria gadis ini.

Akak datang sorang je ke?” Fatihah ramah memulakan bicara.

Ha ah akak datang sorang... err...kata staff hotel ni tadi, ada empat orang...mana sorang lagi?” mata aku meliar melihat sekeliling.

Ada kak... jap lagi sampai la dia... abang kita tu memang lembss sikit nak bersiap..” ramah Fatihah menjawab.

Maaf la Najla, kita tunggu anak makcik kejap ye...Najla tak kisah kan?” tanya Mak Kiah dalam nada bersalah sambil memegang erat tanganku

Ehhh..takpe takpe...saya tak kisah makcik...biar lambat janji dapat...hehehehe” jujur aku menjawab soalan Mak Kiah. Sejujurnya aku memang tidak kisah. Mereka sudi menumpangkan aku pun sudah satu rahmat. Takkan la aku hendak banyak bunyi pula.

Dapat apa kak?” tanya Fatihah sambil mengerutkan dahinya. Mungkin pelik dengan peribahasa baru yang aku cipta sendiri.

Yelah...nasib baik ada awak sekeluarga...dapatlah akak pergi ke pekan...kalau tak, memang terperap kat sini jela...nak sewa motor, tak reti la pula nak bawa motor

Hish...Najla, kalau pandai bawa motor pun jangan berani-berani nak berjalan sendiri kat sini...buatnya motor rosak ke apa ke... bahaya” cepat-cepat Mak Kiah bersuara dengan riak wajah yang bimbang. Terus membuatkan aku teringat kepada emak.

Aku angguk.

Hish... mana abang ni mama? Lama pula bersiap...mengalahkan perempuan!” cemberut muka Fatihah sambil matanya menghala ke arah pintu masuk lobi.

Sabar la Tihah...tak kemana pekan tu...” kata pakcik Syam ringkas sambil mengusap bahu Fatihah. Lembut sahaja suaranya.

Fatihah hanya mencebikan bibirnya dan terus sahaja masuk ke dalam van. Tak sabar mungkin hendak ke pekan.

Najla kalau nak naik dulu, pergilah....” mak Kiah mempelawaku sambil menunjuk ke arah van.

Errr...takpelah makcik...saya tunggu kat sini...” aku menolah seraya membelek telefon bimbitku.

Agak kurang manis rasanya, jika aku bersenang-lenang di dalam van dan mereka berdiri terpacak di luar.


Hah! Itupun dia...cepatlah bang!! Lambat sangatlah!” teriak Fatihah. 

Serentak itu kami semua menghalakan pandangan ke arah pintu masuk lobi. Terasa nafasku tersekat dikerongkong dan aku menelan liur. Spontan tanganku menepuk dahi.

*****************************************************************************
Alhamdulillah... dapat jugak menghabiskan bab 7. Semoga yang membaca terus membaca dan memberikan pandangan dan kritikan yang dapat membantu saya membina cerita yang lebih baik. Amin...