Friday, July 26, 2013

Diam-Diam Cinta - Bab 3

Bab 3

Yeay! Hari ini hari Jumaat. Best sangat. Aku sudah merancang untuk bercuti selama seminggu. Tapi, itu pun kalau Encik Iqbal luluskan permohonan cuti aku. Ya Allah, Engkau permudahkan la segala urusanku. Engkau lembutkan la hati insan yang berhadapan denganku dan juga insan yang aku berhadapan dengannya. Amin.

Selesai membaca doa, aku terus menghantar borang cuti kepada Kak Salmah, setiausaha Encik Iqbal. “Kak, ni borang cuti saya ye… saya nak cuti start Rabu minggu depan…” ujarku sambil meletakkan borang ke dalam tray di atas meja kak Salmah.

Berapa lama Naj nak cuti? ” Tanya kak Salmah.

Seminggu je kak...itupun kalau bos approve la…

“Amboi lamanya...nak gi holiday ke? Ke ada orang nak masuk meminang?” soal kak Salmah sambil mengangkat keningnya. Nak mengusik aku lah tu.

Ewah-ewah...kak Salmah, kemain lagi…takde maknanya. Saya nak pergi Pulau Pangkor la kak… saja nak rehatkan minda… hehehehe” sudah terbayang di mataku keindahan dan kedamaian Pulau Pangkor.

Ha yelah… nanti lepas Encik Iqbal sign akak inform kau ye…”

Ok...kak, thanks” sempat lagi aku mencubit pipi kak Salmah yang tembam tu.

Ehhh... Naj... nak gossip jap...” tiba-tiba kak Salmah menahan aku.

Huish... gossip apa pula kak?” aku terus merapatkan tubuhku ke meja kak Salmah. Senang sikit nak bergossip. Dah namanya pun gossip, takkan nak bagi satu dunia dengar kot.

Kau ingat tak last week? Tan Sri jumpa Encik Iqbal kan? ” aku mengangguk sahaja tanda masih ingat.

Encik Iqbal kena transfer ke Kuala Terengganu la Naj...” berita yang aku dengar daripada mulut kak Salmah seumpama petir yang tiba-tiba berdentum dan mengejutkan aku.

 “Dia naik pangkat. Jadi GM kat salah sebuah anak syarikat kita kat sana...”kak Salmah meneruskan bicaranya. Kak Salmah memandang aku. Mungkin hairan melihat aku yang diam tanpa suara.

Ohhh...yeke... oklah tu kak...murah rezeki dia..” terasa lemah bicaraku. Badan juga terasa lemah dan longlai semasa melangkah ke mejaku.

Aku pandang skrin monitorku. Kosong. Dia kena transfer? Tapi kenapa dia? Habis aku macam mana? Ala, Najla macam la kau dengan dia ada apa-apa. Kau tu entah-entah bertepuk sebelah tangan saja. Iqbal tu tak tau pun perasaan kau tu. Kalau dia tahu pun, belum tentu dia tepuk tangan kau balik.

Uwaaaa... sedihnya. Rasanya macam kurang semangat aku nak datang kerja lepas ni. Ehh... tapi bila agaknya dia nak pindah? Aishhh... kenapala aku tak tanya kak Salmah tadi. Jangan la minggu depan. Kalau minggu depan, alamat kempunan la aku nak tengok dan simpan wajah dia dalam lubuk hati aku yang paling dalam ni.

Macam mana ni? Hendak bertanya pada kak Salmah, segan pula terasa. Nanti apa pula kata kak Salmah. Biarkan saja la. Esok lusa aku tahu juga. Mesti ada pengumuman nanti. Selalu kalau ada kakitangan syarikat ini yang pindah atau berhenti, akan ada notis pemberitahuan melalu email kepada semua kakitangan di sini. Tapi, macam dah terlambat jer kalau hendak tunggu notis tu. Uhuhuhu...serba tak kena aku dibuatnya. Inilah padahnya kalau bercinta dalam diam. Resah gelisah tanggung sendiri.

Assalamualaikum!!!” tiba-tiba pula suara minah ni membingitkan gegendang telinga aku. Nasib baik la kau bagi salam Arina.

Waalaikumussalam... Kenapa? Ada apa-apa yang perlu saya bantu ke Cik Arina?

Kau ni kenapa Naj? Yang kau renung skrin monitor tu sampai macam nak tembus tu kenapa?

Takde pape la... Kau ni, aku nak berangan sikit pun tak boleh... kacau la” aku pura-pura menarik muka masam. Biar minah ni takut sikit.

Takde maknanya... Tu boring la tu... tula.. ada degree IT takmo pakai... sibuk nak jadi Kerani...konon kerja jadi kerani senang... buat benda sama je... hah sekarang amik kau...

Weh... kau ni dah kenapa? Suka hati aku la...kerja aku...dah jangan nak bising-bising kat sini... kalau takde hal, sila beredar sekarang. Aku nak buat kerja...” aku terus saja pura-pura menyibukkan diri.

Ha.. yelah...nanti lunch jangan lupa ajak aku tau...” tutur Arina sebelum kembali ke mejanya.

Ya, memang aku ada Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Tapi aku memang tidak berminat hendak bekerja dalam bidang Teknologi Maklumat mahupun bidang yang sama waktu dengannya. Aku ambil IT dulu pun sebab ikut kawan. Masa tu, tak tahu hendak ambil bidang apa. Tanya pada abah aku, dia suruh ambil bidang Pendidikan, jadi cikgu katanya. Tapi aku tak minat nak jadi cikgu. Sebab aku rasa tahap kesabaran aku sangat kurang. Hehehehe...besar tanggungjawab seorang guru ni. Takut tak tergalas bahu aku nanti.

Disebabkan kurang minat, lepas saja tamat belajar di UUM, aku terus memohon perkerjaan sebagai kerani di sini. Aku guna sijil SPM aku. Alhamdulillah, aku dapat. Ramai yang bertanya termasuk emak dan abah, kenapa pilih kerani? Entah, aku pun tak tahu. Mungkin dah rezeki aku kot. Hehehehe...syukur juga sebab mak dan abah tidak membantah pilihan aku. Mungkin sebab mereka fikir daripada aku duduk goyang kaki kat rumah, baik aku berkerja. Janji pekerjaan aku tu halal.

Tidak dinafikan yang aku suka dan bahagia dengan pekerjaan aku sekarang. Gaji pun alhamdulillah, cukup untuk aku dan dapat juga aku bagi pada mak dan abah setiap bulan. Biarpun tidak banyak tetapi pemberian yang ikhlas itu lebih penting kan. Emak dan abah aku pun, tidak lah mengharap sangat duit daripada aku. Tetapi sebagai seorang anak, kalau bukan kepada ibu dan bapa, pada siapa lagi kita hendak berbakti? Mereka sudah bersusah payah membesarkan kita sehingga menjadi apa yang kita jadi sekarang. Tidak terbalas rasanya jasa emak dan abah walaupun aku bagi segunung intan permata.

Nanti kalau sudah berumahtangga, tanggungjawab suami yang mencari nafkah untuk keluarga kan? Isteri hanya membantu kalau tidak cukup. So, aku tak perlu risau. In shaa Allah, pintu rezeki Allah sentiasa terbuka untuk umatnya yang sentiasa berusaha.

Jadi Najla, marilah kita berusaha. Lupakan kisah duka yang baru sahaja kau dengar tadi. Ada jodoh kau dengan dia, maka akan dipertemukan semula kau dan dia walau ke mana saja kamu pergi. Seperti lirik lagu Muara Hati “Demi cinta dalam hatimu...Ku yakin engkau untukku...Meski jejak pisahkan kita...Cinta kan bawa kembali padamu...Hehehehe...jiwang karat la kau ni Najla Nasuha binti Ahmad Omar.

Tepat pukul satu, aku dan Arina turun ke kafe yang terletak di tingkat satu bangunan pejabat kami. Kafe ini la yang selalu menjadi tempat makan kami. Ialah tak perlu susah-susah bawa kereta atau berjalan jauh untuk makan. Di kafe ini bermacam jenis pilihan makanan ada.

Sampai di depan pintu kafe, kami terserempak dengan Iqbal dan Ghazi. Aduh... kenapa pula boleh terserempak dengan pujaan hati ni. Tak boleh la aku nak makan dengan senang hati. Sudah tentu mata ni tidak boleh ditahan, asyik nak memandang wajah kesayangan jela. Macam ada magnet si Iqbal ni. Mata dan hati jadi melekat kuat padanya.

Bila terpandangkan kami, Iqbal hanya mengganggukkan kepalanya. Laa.. tu je? Senyum la sikit. Mahal sangat agaknya senyumannya. “Nak makan ke?” Ghazi bertanya sambil menolak pintu kafe dan memberi ruang kepada kami untuk masuk terlebih dahulu.

Yelah... nak makan takkan nak basuh kain pulak...” Arina menjawab sambil mencebik pada Ghazi. Arina ni, memang tidak boleh bertentang mata dengan si Ghazi ni. Ada saja la yang tak kena. Orang tua-tua cakap jangan benci-benci. Nanti lama-lama benci jadi cinta. Hehehehe... betul ke ek?

Ghazi hanya tersenyum memandang Arina dan mereka terus bergerak ke meja paling hujung di kafe ni. Aku dan Arina, terus pergi memilih lauk. Tempat kemudian boleh cari. Lauk kalau habis, alamat kempunan la nanti.

Selesai membayar harga makanan, kami cepat-cepat bergerak mencari tempat duduk yang sangat strategik. Sambil makan, sambil mencuci mata. Hehehe...barulah double kenyang.

Arina, jom kita duduk kat hujung sana nak?” aku bertanya sambil memuncungkan mulutku yang tidak berapa seksi ni.

Hujung sana? Satu meja ngan Encik Iqbal dan Ghazi ngok ngek tu ke? Takmo la aku” Arina menggeleng laju.

Haish... takkan la satu meja ngan diorang. Harus la tak makan kita kang... Meja depan diorang tu la... kan kosong tu...dah jom!” aku terus menarik tangan Arina ke meja yang berhadapan dengan tempat Iqbal dan Ghazi.

Entah kuasa magnet mana yang menarik perhatian aku untuk memandang ke arah Iqbal dan pada ketika itu juga Iqbal sedang memerhatikan aku dengan pandangan tajam. 

Aduh...berdebar rasa hati....
Serta-merta aku terasa darah menyerbu ke mukaku, jantung aku berdegup kencang. Gila punya kencang dan hati aku sangat berdebar. Kaki yang melangkah terasa lembik dan tanpa aku sedar aku menarik Arina ke meja di sebelah kanan kedai. Jauh daripada tempat Iqbal dan juga meja yang aku ingin tuju tadi.

Ehh... kau ni kenapa? Tadi kata nak duduk kat situ

Ermm...ermm... takpela...kita duduk kat sini jela... best sikit...” aku cuba menenangkan hati yang sedang bergetar hebat ni. Tidak berani hendak memandang ke arah Iqbal. Walaupun panahan matanya masih terasa. Fuh! Hebat sungguh kuasa mata. Betullah orang tua-tua cakap, dari mata turun ke hati. Ya Allah, Engkau tenanglah hatiku ini, supaya aku boleh menikmati rezeki yang Engkau berikan ini dengan sebaiknya.

Doa makan...sila baca sebelum makan ye.
Usai membaca doa makan, aku terus menyuap nasi dan terus melayan celoteh Arina yang aku sendiri tak faham hujung pangkalnya. Dalam diam aku masih lagi cuba mentafsir maksud pandangan Iqbal tadi. Tapi, betulkah dia pandang aku? Atau aku yang perasan?

Hurmmm...mari kita pastikan. Perlahan-lahan aku memberanikan diri untuk memandang Iqbal. MasyaAllah... renjatan elektrik sekali lagi berlaku pada aku. Dia masih lagi merenung aku. 

OMG.. OMG...belakang aku ni dinding, takkan la dia tenung dinding ni kot. Aku cuba membalas renungan Iqbal dan tiba-tiba dia tersenyum sambil menggelengkan kepalanya perlahan-lahan. Apa pula kali ni?


Dia tersenyum...
Iqbal bangun dan berjalan menuju ke arah kami. Semakin tak karuan rasanya hati aku. Kenapa pula dia datang sini? Nak ajak aku dating ke? Harus la mau. Hehehehe....

Errr... Arina, Encik Iqbal datang sini la...

Hurmmm... ha ah la...kenapa ek? Kau ajak dia dok sini ke Naj?” Arina bertanya dengan muka kehairanan. Kalau dia hairan aku lagilah.

Bila masa...

Najla...

Belum sempat aku meneruskan bicara, Iqbal memanggil namaku. Cepat-cepat aku ambil tisu dan mengesat mulutku sebelum berpaling memandang dia. Harus lah make sure tiada sebarang kesan comot di muka. Kalau tidak, jatuh lah saham aku.

Err... ye, kenapa Encik Iqbal?” dengan penuh ayu aku rmendongak dan melontar pertanyaan kepadanya.

Awak tak perasan ke?” Iqbal bertanya sambil tersenyum. Ahhh... mahu cair aku kat sini nanti. Jenuh la si Arina nak kaut bawa aku balik pejabat nanti. Ehh...sekejap, dia tanya apa tadi ek? Ohh.. aku perasan ke tidak. Of course la aku perasan.Perasan yang dia merenung aku.

Perasan apa Encik Iqbal?” Tiba-tiba Arina mencelah dan bertanya bagi pihak aku. Ceh! Potong betul la si Arina ni.

Ha ah... Perasan apa?” aku mengulang pertanyaan Arina sambil mengerutkan dahiku. Konon sebagai tanda yang aku tak faham akan pertanyaannya itu. 

Sambil menuding ke arah kakiku “tu... kasut awak tu...

Kenapa dengan kasut aku? Nak pinjam ke? Merepek la kalau dia nak pinjam. Takkan terlibat dengan aktiviti malam yang kurang sihat kot. Hahahaha... apa saja la yang kau merepek ni Najla.

Kenapa dengan kasut saya?” sambil bertanya aku memeriksa kasut ku.

OMG!

Sebelah selipar sebelah kasut. Malunya. Tak logik sungguh. Kenapa aku tak perasan ni? Arina pun takkan tak perasan? Ke minah ni saja nak kenakan aku ni?

Arina aku lihat dah tersengih-sengih macam kerang busuk. Siot betul la minah ni.

Wei! Nape kau tak bagitahu aku tadi? Kau saje kan?

Ehh... mana ada... aku pun tak perasan la Naj... serious memang aku tak perasan...” Arina bersungguh-sungguh pula aku nampak. Memang dia tak perasan agaknya. Tak boleh jadi ni. Kena cover depan Iqbal ni.

Err... memang saya tak perasan pun... tapi cool jugak kan Encik Iqbal? Orang lain tak buat, saya buat... hahahahaha” belasah la Najla.

Whatever lah...” balas Iqbal dengan airmuka seperti ‘ada aku kisah?’ dan terus kembali ke mejanya semula. Eleh, macam la mak kisah. Mak pun tak kisah la noks.


Whatever la!
Arina, kau jangan memandai nak cerita kat sesape pulak ye... kalau berita ni tersebar, siap kau!” Arina harus di beri amaran. Kalau tidak, confirm cerita ni akan tersebar sebaik saja kami sampai di pejabat.

Arina hanya mengangguk sambil mengulum senyum jahatnya. Hurmm.. memang lepas ni jadi berita terkini hiburan sensasi la ni. Malas mahu memanjangkan cerita, aku meneruskan saja suapanku tanpa menghiraukan kakiku yang beralaskan selipar dan kasut.

Alhamdulillah, kenyang perut. Tapi macam biasa, bila perut kenyang, mata pun mula la layu je. Asyik menguap aku ni. Rehat sekejap, bagi makanan dalam perut ni hadam, lepas tu baru pergi solat. Sambil-sambil tu, boleh la aku layan Facebook sekejap. Tengok berita terkini kawan-kawan tercinta termasuk la si dia yang dicintai. Euwww...goli tokak den. Amboi! makin ramai kawan-kawan aku yang dah rancang hendak kahwin hujung tahun ni. Sue, Zarina, Shuhada...aikkk Mun pun sama. Untung la korang, jodoh sudah sampai. Aku seorang saja yang tak tahu bila. Ada calon, dah nak pergi jauh di mata pula.

Naj... niha form cuti kau. Encik Iqbal dah approved...” tiba-tiba je kak Salmah muncul bersama borang  cuti aku.

Kak Salmah ni... cuba la bagi salam ke...main redah je...terkejut saya tau...” aku pura-pura mengurut dada yang tak sakit pun. Sekali sekala berdrama dengan kak Salmah.

Eleh..kau ni...over tau...tah apa yang kau buat...akak datang pun kau tak perasan...

Hish...saya mana ada buat apa-apa kak Salmah... kan ke kerja saya goyang kaki je...hehehehe... anyway thanks ye kak...”

Ha..yelah...dengar dek encik bos tu karang...baru kau tau.. dah la akak nak balik meja... nanti bos hensem tu tercari-cari pula..hehehe

Eh... jap Kak... ermmm...bila Encik Iqbal nak kene transfer ke Terengganu tu?

Surat rasmi belum dapat lagi. Tapi dengarnya hujung bulan depan. Kenapa? Risau nampak? ” muka kak Salmah dah macam Odah nak mencari berita sensasi aku nampak. Sebelum berlarutan baik aku cut terus.

Huish... risau wat pe? Saje la nak jadi kepochi sekejap... hari tu lupa nak tanya. Jangan nak fikir bukan-bukan ye kak...

Eleh...yela tuh...” dengan muka separa tak percaya kak Salmah terus menuju ke meja kerjanya semula. Dan aku, terselamat untuk kali ini. Alhamdulillah.Lama lagi dia nak pindah. Hujung bulan depan. Sempat lagi aku nak tengok muka dia puas-puas.


Yes! Cuti aku pun dah lulus. Pangkor here I come! Boleh la aku beritahu mak dan abah ni. Kalau beritahu awal-awal, mesti mak dan abah tak bagi aku pergi bercuti ke Pangkor sendirian. Sudah masak sangat dengan perangai mak dan abah. Mereka memang susah nak izinkan anak dara mereka ni kemana-mana kalau tiada peneman. 

Masalahnya pula, anak dara mereka ni sangat rimas kalau bercuti beramai-ramai. Tiada ketenangan. Alah, pandai-pandai la aku pujuk nanti. Aku yakin mesti mak dan abah bagi. Doa lebih sikit selepas solat nanti. In shaa Allah, dipermudahkan urusan aku. Hehehehe.. tak sabar nya....

********************************************************************************
Salam...Thanks kepada yang sudi membaca... seperti biasa, semoga korang semua dapat membantu saya memperbaiki penulisan saya melalui komen anda.... :)

Friday, July 19, 2013

Diam-Diam Cinta - Bab 2

Assalamualaikum semua... Ok ni Bab 2 DDC... Terima kasih atas kesudian korang semua membaca dan juga terima kasih atas segala comments and feedback. Sangat-sangat saya hargai. Korang semua memberi semangat untuk saya terus rajin menulis. Saya akan cuba post 1 bab every week but depends on masa. In shaa Allah, andai ada kelapangan maka dapatla saya laksanakan. Tetapi sekiranya lambat dpd yg dijanjikan, harap korang sudi menunggu (ade ke yg nak menunggu? hehehe).. ok so now enjoy Bab 2.. spt biasa komen tentang penulisan saya sgt saya harapkan untuk saya improve kan lagi penulisan saya di masa hadapan...in shaa Allah...

           *********Bab 2***************



Gedebuk!!Aduh…” sakitnya lutut dengan bibir aku. Alamak... aku jatuh tertiarap ke?.. ohh nocover Najla cover… pejamkan mata, buat-buat pengsan sudah.“Miss..miss are you ok?” aku terdengar suara perempuan bertanya. 

Dia pengsan la.. Encik dia pengsan!” perempuan itu bersuara lagi. Adeh la macam mana ni? Malunya aku. Ala...buat-buat pengsan sudah. Hehehehe nak cover malu punya pasal. Redah jela,  janji tak malu.

Tiba-tiba aku terasa ada seseorang memegang badan aku dan cuba memusingkan badan aku yang tertiarap ni. Aiyookk...macam mana ni? Arghh… ikutkan jela… “Najla! Najla Nasuha.. are you ok?Eh! Macam kenal je suara tu. Suara dia kah? Alamak, lagi la malu. Tah macam mana la rupa aku ni.

Haish… harap-harap oklah.. hehehehe malu la kalau pujaan hati aku tengok muka aku yang tak semenggah ni. Yela, aku memang la tak secantik Emma Maembong tu, tapi manis tetap ada. Hahaha sempat juga tu. Ehh…cam dah lama sangat aku ‘pengsan’ ni. Nanti lagi lama aku berlakon, lagi lambat la aku masuk pejabat.

Perlahan-lahan aku buka mata dan sebaik sahaja mata aku terbuka, mata itu sedang merenung aku. Terasa membahang pula muka aku ini. “Najla, awak sedar tak ni?” dia bersuara. “Najlaaaa” sekali lagi Iqbal bersuara sambil matanya meliar memerhati wajah aku. 

Ermm.. saya sedar…errr.. saya jatuh ke?hahahaha.. gila kau berlakon Najla…“Ya, awak jatuh… bibir awak luka ni… ada rasa sakit kat tempat lain tak?” Iqbal bersuara lagi. Kalau la aku tak kenal dia, mesti aku dah terperasan yang dia ni concern pasal aku. Tapikan, memang patut la dia risau kan? Aku kan jatuh, lebih kurang macam orang yang tengah sakit la kan. 

Mmm... lutut saya rasa sakit…” aku menjawab ala-ala manja sambil cuba bangun. Tapi memang sakit pun lutut aku. “Aduh! sakit la…” Boleh jalan ke tidak aku ni. Harap-harap boleh la. Lebam ke lutut aku ek? Nak tengok, tapi takkan nak selak kain kat tempat awam ini kot. Kejap lagi la, dekat pejabat nanti.

Miss, bibir you berdarah la.. nah ambil tisu ni lap..” perempuan tadi bersuara sambil menghulurkan tisu pada aku. Aku pandang keliling, perghh lega sebab hanya kami bertiga di sini. Takdela malu sangat.

Thanks yer….” Mestila kena berterima kasihkan. Orang dah tolong kita. Semasa mengelap tisu di bibir, terasa macam bengkak pula. Entah-entah sudah macam bibir Angelina Jolie bibir aku.

You ok ke miss? Nak I teman ke office you?” dengan wajah yang penuh concern perempuan itu bertanya lagi. 

It’s ok.. I satu pejabat dengan dia.. I’ll walk with her.. thanks” belum sempat aku menjawab, Iqbal terlebih dahulu menjawab bagi pihak aku.

Ohh..ok then..take care…” setelah melihat aku mengangguk baru perempuan itu meneruskan perjalanannya. “Jom Najla… boleh jalan tak ni? Nak saya pimpim ke? ” Gila apa nak berpimpin bagai. Harus la masuk segmen gossip se-antero pejabat nanti.

Ermm… takpe-takpe.. saya boleh jalan..thanks…” Walaupun nafsu jahat ni melonjak-lonjak mahu menerima pelawaan pujaan hati ku ini. Tapi nafsu baik aku masih lagi mampu mengekang nafsu jahat aku. Eh jap... ada ke nafsu baik? Entah, hentam sajala Najla. Janji tak dapat dosa.

Dia mengangkat bahu sambil memberi isyarat supaya aku mula berjalan. “Krreuukk…” alamak perut, masa ni la kau nak berbunyi. Malunya…double malu kau ni Najla. Iqbal memandang aku sambil tersenyum sinis. Aku pula rasa kulit muka ni sudah tebal 10 inci. Panas semacam rasa muka aku ni. 

Sudah! Baik aku angkat kaki cepat sebelum loceng amaran perut aku berbunyi kali kedua. Sambil menahan sakit, aku cuba berjalan selaju yang mungkin. Segan sebenarnya dengan Iqbal. Dari ekor mata aku melihat dia mengekoriku dari belakang. Mungkin untuk pastikan aku tak jatuh lagi. Ambil berat juga mamat ni kat aku. Hoi! Perasan kau Najla tapi sekali sekala apa salahnya jadi perasan kan.

Laparnya perut aku. Nak singgah kafe beli breakfast macam tak sempat. Dengan kaki yang sakit dan bibir yang bengkak takkan nak menyinggah lagi kot. Lagipun Mr. Boss pun ada kat belakang aku nih. Nanti apa pula dia cakap. Haih…makan la biskut 3 keping yang ada kat meja tu. Tahan ke tidak sampai ke lunch, aku pun tak tahu.

Alhamdulillah, sampai juga ke meja aku. Pergh..lega rasanya. Letak beg, lepas tu terus pergi tandas. Aku nak check lutut aku ni. Cedera parah ke...yang pedih dan sakit sangat rasanya. Ehh.., mana Iqbal? Bukan tadi dia dekat belakang aku ke? Bilik dia kosong lagi. Hurmmm…pelik. Ahh…biarkan saja la.

Sampai di tandas, terus aku periksa bibir aku. Ok complete set...bengkak, lebam dan luka. Habis la kurang dah kecomelan kau Najla. Jom kita check lutut pula. Hurmm.. kain tak koyak pun tapi lebam dan luka sikit. Kurang lagi seribu duit hantaran aku ni. 

Selepas membersihkan muka dan membetulkan tudung aku yang senget terus aku bergerak ke meja kerja aku semula. Sambil berjalan ke meja, aku tidak lupa untuk mengintai bilik lelaki pujaan aku. Hah! Ada pun dia. Entah ke mana saja la dia menyinggah tadi ni. Nasib baik la kau tu bos aku. Kalau tidak, hendak saja aku pergi soal siasat. Mana la tahu, kot dia jumpa buah hati sekejap ke. Alamat melepas la aku. Fuhhh... harap-harap tidak la.

Woit! Makcik…kau kenapa ni? Dah macam Angelina Jolie tak siap aku tengok!Huk aloh.. si Arina ni kalau cakap tu tak reti ke nak slow-slow. Ini dah macam loud speaker dah. Habis satu pejabat boleh dengar.

Nasib baik tempat aku ini dekat ‘lot tepi’. Makanya jeritan si Arina ni takde la sesiapa dengar. Tempat aku ini juga memang sesuai sangat jadi port untuk bergossip. Tapi hanya pada masa tertentu saja. Masa Encik Iqbal handsome takde kat pejabat. Kalau dia ada, tak berani deh mereka nak melepak sambil bergossip dekat tempat aku. Almaklumlah, bilik bos dengan meja aku kan sepelaung jer.

Cantik apa Angelina Jolie..seksi gitu…kau ada?” 

Arina mengerutkan dahi sambil matanya terus menilik muka aku. “Weh..cakap la Naj… nape kau ni? Kau kene ragut ke?

Choi! Simpang malaikat 44…aku terjatuh tadi… kenapa tah…tetiba je…ni lutut aku pun sakit giler ni..” aku dengan relanya menerangkan keadaan sebernarnya kepada Arina.

Hahaha..kau jatuh? Kau berangan apa tadi weh?Ciss...Arina, kau ketawakan aku.
Weh.. tak baik kau ketawakan aku…serius sakit ni…” aku buat muka sedih sambil berkerut menahan sakit. Nak pancing simpati sahabat baik aku ni.

Tapikan…kau nak tahu Arina...Encik Iqbal tolong aku tadi…hehehehe..jangan jelous…” aku rasa mesti muka aku dah macam kerang busuk masa keluarkan statement ni.

Aku lihat Arina mencebik. “Takde maknanya aku nak jelous… takat Encik Iqbal tu…si mata sepet…hahahaha…sombong pulak tu.. eiii..tak heran aku…” Suka hati kau jekan Arina, kutuk buah hati aku. Biarkan jela, nanti kalau aku terlebih membela mamat tu, pecah pula rahsia cinta aku. 

Yela… apa-apa jela Arina…”

Arina tersengih sambil membaca kertas laporan yang dia bawa sekali.

“Ehh..kau ni takde kije ke Arina? Tak takut ke bos nampak kau bertenggek kat sini? Kang tak pasal-pasal aku pun kene.” 

Ha ah la weiii…aku lupa la..tujuan aku jumpa kau ni sebab nak beritahu kau… bos ada beli breakfast untuk kita semua…” Apa pula mimpi pula Iqbal ni? Tak pernah-pernah dia murah hati macam ni.  

Errr… Arina, ada apa ek hari ni? Tetiba je mamat tu nak bersedekah bagai?” Pelik juga aku. Tiba-tiba je. Takde angin tiba-tiba pokok bergoyang. Kan ke pelik tu? Ke sebab dia terdengar perut aku berbunyi tadi? Eleh… perasan lagi kau ni Najla.

Naj..sempat pula kau berangan ye...dahla berangan tu Naj… jom la ke pantry... kalau kau tak nak…aku gi dulu lah…” sebaik sahaja habis bercakap, Arina pun terus bergerak laju ke pantry. Si Arina ni kalau pasal makan laju je. 

Huarghh…” ngantuk sudah datang lagi. Malasnya nak pergi pantry. Aduh… tetiba terasa perut aku memulas. Masa ini la kau nak memulas kan perut. 

Najla…kenapa tak pergi makan kat pantry? Tak lapar ke?” tiba-tiba terdengar suara itu. Bila aku pandang ke atas, terus ternampak muka Iqbal kesayanganku. 

Haa.. nak makan la ni… tapi saya nak pergi washroom dulu.. Jap lagi saya pergi pantry...” cepat-cepat aku menjawab pertanyaan Iqbal dengan harapan agar cepat la mamat ni blah dari tempat aku. Perut ni dah makin kritikal sakitnya ni. Nanti ada pula yang termalu kali kedua bila ada bau-bauan yang kurang enak terkeluar.

Ok...Aikk.. OK jer? Sebaik sahaja Iqbal bergerak dari meja aku, berdesup la aku ke tandas. Tak boleh tahan meh

Usai melaksanakan hajat, aku kembali ke meja aku. Tapi sampai di meja, ada sebungkus nasi lemak dan tiga ketul kuih karipap di atas meja aku. Aikk.. siapa pula yang baik hati ambilkan untuk aku ni? Arina ke? Laju tangan aku mencapai telefon.

Hello...Grande Corporation...” sebaik mendengar suara Arina yang tak berapa merdu tu terus aku bertanya “Arina, Naj ni... aku nak tanya, kau ke yang tolong ambilkan nasi lemak dengan kuih ni untuk aku?” 

Hei… takde maknenya aku nak ambil untuk kau…

Lorr kalau bukan kau siapa pulak? Haish.. misteri sungguh ni. Takkan kakak tea lady kot

Ala tak tahu la aku Naj… kau makan jela…rezeki kau la tu… rezeki orang sakit.. hahahaha

Amboi sakan kau ek…takpe… takpe.. oklah… perut aku pun dah nak gastrik niha.. baik aku makan daripada borak ngan kau.. ok bye…” terus je aku letak telefon tanpa menunggu balasan daripada Arina. 

Siapa pulak la yang ambil kan untuk aku ni yer...mmmmm” fikir Najla...fikir. Takkan Iqbal kot? “Ahh...tak kisah la sesapa… terima kasih la ye…bismillahhirrahmannirrahim…” Apa-apa pun kita makan dulu. Lepas tu baru fikir siapakah yang baik hati yang menolong aku ni. 

Baru dua suap nasi masuk dalam mulut aku, tiba-tiba Iqbal datang ke meja aku. Apa lagi yang mamat ni nak? “Najla...tadi saya ambilkan breakfast untuk awak... saya tahu awak lapar...alang-alang saya ke pantry, saya ambil sekali...Haaa... dia ambilkan untuk aku? Melopong sekejap mulut aku.

Encik Iqbal, Tan Sri nak jumpa...” kak Salmah, setiausaha Iqbal tiba-tiba datang mencelah.

Ok... Najla...  continue la makan... saya nak jumpa CEO kejap...” 

Entah apa saja la yang CEO ni nak. Nasib baik la Iqbal aku hanya Ketua Bahagian, dapat la aku tengok dia hari-hari. Agaknya kalau dia CEO syarikat ni, harus la kempunan aku nak tatap wajah dia. 

Ehem...” Iqbal berdehem membuatkan aku tersedar. 

“Ooo...thanks Encik Iqbal...Saya ingatkan secret admire mana tadi tolong amikkan untuk saya... Dah 2 kali encik tolong saya hari ni...” sambil malu-malu aku mengucapkan terima kasih. Yelah, org berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.


Friday, July 12, 2013

Diam-Diam Cinta - Bab 1

Salam semua. Ok.. ni Bab 1 my first story untuk bacaan anda semua (err..ada ke orang nak bace ni? huhuhu)... Komen and feedback amat la dialu-alukan.. and please promote this blog to ur frenz ye... thanks..

*********************************************************************************


Huarghh.. mengatuknya la.. Aduhai la mata, asal la asyik mengantuk je ni. Nak kata tidur lambat malam tadi, tak jugak. Hurmm.. malasnya la nak pergi office. Hai… org kata Monday blues.. tapi aku ni hari-hari pun camni… so kene tukar jadi everyday blues kot.. huhuhuhu

Tapi, kalau tak pergi kerja hari ni, tak dapatla aku mencuci mata dengan pemandangan yang indah kat office tu. Hehehehe… rindu la aku nak tengok muka jejaka idaman hati aku ni.. ngeh..ngeh..ngeh.. Oiiitt.. Najla Nasuha binti Ahmad Omar! Kau ni dah menyimpang daripada niat sebenar kita bekerja ni! Betulkan balik niat tu Najla.. betulkan.. hehehehe

Alhamdulillah..” sampai pun stesen LRT Gombak nih.. penat aku bertarung dengan traffic jam, mata yang asyik nak tertutup ni, perut lapar lagi.. Pergh.. memang hebat cabaran aku nak pergi kerja ni. Bukan calang-calang orang boleh tahan ni.. 

Right from the start..You were a thief..You stole my heart..” Alamak lagu best kat radio ni.. ala masa orang dah sampai, masa tula dia nak pasang lagu best ni. Suka la lagu Just Give Me a Reason ni.. suka suka.. hehehehe

Hurmm…mintak-mintak la aku dapat duduk dalam train nanti. Boleh tidur. Huhuhu..kalau berdiri, sangat la seksa nak menahan mata. Pernah sekali, aku tertidur sambil berdiri, tak sedar tetiba terasa kepala terhantuk kat besi pemegang tepi pintu train tu. Pergh.. malu gila time tu.. tapi control macho la kan. Hehehehe..buat buat lelap balik la. Ohh! satu lagi, semoga aku dapat satu train dengan pujaan hatiku tu. Hehehehe

Yeay.. itu dia train sudah mari… “Bismillahirrahmannirrahim..” masuk dan cepat cari tempat kosong. Alhamdulillah dapat. Hurmm… tengok kiri kanan, ok line clear maka boleh la lelapkan mata seminit dua.

Next station, Jelatek..” aiikk.. sampai Jelatek dah..Hurmmm… rase nak mengeliat pun ada ni.  Hah! Tu dia. Buka je mata, terpampang wajah kesayangan hamba.. hehehehe.. alahai.. geram pulak aku tengok mamat ni.

Dia tak la handsome macam Aaron Aziz tu tapi tak tahu la kenapa, setiap kali aku terpandang wajahnya, hati dan jantung aku ni berdebar gila. Lepas tu, ada satu rasa yang susah nak aku gambarkan. Rasa teruja ada, geram ada, berdebar ada, suka lagi la ada.. hehehe.. muka dia Chinese look, hidung mancung tapi takla semancung hidung Zizan Raja Lawak tu, dia pakai cermin mata, kulit of coz la putih..ermmm badan ala-ala model gitu.. sedang elok je bile pakai kemeja dengan seluar slack tu.

Tiba-tiba dia angkat muka, dan mata kami bertentang and.. dia menjeling. What?? Dia jeling kat aku? Huh! Sombong ye, nanti la. Tahu la aku ajar kau.. hahahaha.. berani kau Najla nak marah boss sendiri? Belakang berani la, depan menikus cam tikus hahahaha…

Next station Ampang Park..” ok.. dah sampai.. Ready and go! Tanpa pedulikan mamat pujaan hatiku yang sombong itu, terus aku bergerak laju. Tinggal lagi 30 minit je nak pukul 9 pagi. Kang kalau lambat, merah lagi rekod kedatangan aku. Dia takpe la, dia boss, takde sape pun nak marah.

Part yang paling aku suka setiap kali nak pergi kerja ialah, berjalan dari stesen ke office aku. Sebab apa? Sebab, mata aku tak mengantuk bila berjalan and paling penting, ni la masa aku untuk berjalan sambil berangan.. hehehehe..

“Assalamualaikum… derma cik” pakcik ni, hari-hari dia ada kat sini minta derma. Mula-mula dulu aku rajin gak derma, tapi kalau dah hari-hari sakit la jugak kan. Tapi aku musykil juga, kalau minta derma, takkan la hari-hari kena minta kot? Takde ke pihak yang bertanggungjawab boleh menyumbang pada sekolah ni kot? Nak tanya, segan campur takut. Sudahnya jawab la sendiri Najla.

Kalaula aku kaya, aku akan tolong sekolah ni dan juga insan lain yang memerlukan bantuan aku. Tapi, aku tak kaya dan aku dan keluarga aku hanyalah hamba Allah yang hidup serba sederhana.  Aku selalu terfikir yang mungkin antara sebab Allah berikan aku kehidupan yang serba sederhana sekarang ialah untuk aku lihat sekeliling aku. Lihat kesusahan orang lain supaya bila aku senang nanti, aku tak lupa untuk melihat dan membantu mereka. Yer.. itulah apa yang aku rase sekarang. How I wish...

Tapikan kalau la aku dapat suami yang kaya, baik budi bahasa, handsome pulak tu.. macam dalam novel Adam dan Hawa tu.. perghhh.. bestnya..Tapi.. mana aku nak campak Encik Muhammad Iqbal Haqimi bin Syamsul Hazry tu? Hehehehe ala biar la..berangan je pun. Bukan nya betul-betul..

Ehh..tiba-tiba aku terasa badan macam tak seimbang. Asal aku rase cam melayang ni.. ohh.. no… I miss my step…. I’m going to fall… aku akan jatuh dan yang paling best  jatuh kat sini. Tempat orang lalu lalang, laluan daripada stesen LRT ke pejabat masing-masing… no..no..… OMG..OMG… satu..dua..tiga….


Friday, July 5, 2013

Contest 13 Jam A380 - Bab 28


Salam. Ini adalah my first attempt utk menulis. I wanted to write a novel but before start a big one why not I start with something simple first. If this attempt is ok and kalau di izinkan Allah, in shaa Allah, I'll continue with my own story. Hope my first attempt will be ok with the readers and Ms Evelyn. Any comments/feedbacks are much appreciated. And now, jom bace Bab 28 - 13 Jam A380 based on my "fantasia"...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bab 28

Ya Allah, betul ke apa yang aku lihat ni? Is it him? Aku terus merenung sesusuk tubuh dihadapanku ini. “Yes, it is me... Hana” seperti tahu isi hatiku, Haydar bersuara dan serentak itu juga nafasku terasa tersekat dan jantung bagaikan mahu pecah sama seperti kali pertama kami bertemu.

Emmel yang masih lagi dalam dukunganku tiba-tiba bersuara “Thank you uncle, for bringing me back to my Mommy..” dan mengejutkan aku daripada terus kejang dan bisu. “Ohh ya, thanks Haydar” pembuka bicara yang aku kira sangat kena dengan situasi sekarang. “Hmmm...” lelaki itu berdehem sambil matanya tidak lepas daripada memandangku. “No big deals..by the way, I’m watching you and this little girl since tadi.... and you’re too busy talking on the phone and then you know what happend right?” Ohh, jadinya Haydar memerhatikan aku sejak tadi? Kenapa aku tak perasan eh. ”Ohh... tadi my sister called” tanpa disuruh aku terus mahu menerangkan keadaan, but ehh.. kenapa pula aku nak kene explain kat dia?ok Hana, grab yourself don’t be like this. Ok, tarik nafas panjang- panjang and lepas..fuuuhhhh…

Emmel minta diletakkan ke bawah dan terus bertanya “Uncle, do you know my mommy? And mommy do you know him? We are not supposed to talk with stranger, right???”.Haydar tersenyum menampakkan giginya yang putih bersih dan tersusun cantik ..Ohh my Hana, please jangan terjatuh lagi Hana. Dia dah ada girlfriend, supermodel, super gorgeous and segalanya super la. Kau apa ada? Uhuhuhu sedih okay.  “Emmel..., yes, we know each other’s.. So don’t worry okay..Jom kita duduk dulu... Hana, penat la berdiri lama-lama” Haydar bersuara lagi “Ohh jom..Emmel come..”sambil memegang tangan Emmel kami bergerak mencari spot yang paling sesuai untuk menuruskan perbualan kami.

Mommy can I play?” sambil merenung penuh mengharap Emmel bertanya padaku “okay, but please don’t go far okay..Mommy will be sitting here” setelah mendapat kebenaranku Emmel terus bermain dengan bolanya. “So..how are you Hana? Macam mana study? Ok?” Haydar memulakan bicara. “I am fine and study juga okay, you?well, meskipun aku cuba melepaskan Haydar seperti dandelion tapi hakikatnya rasa itu masih ada. Tertanam jauh di lubuk hati yang paling dalam.  “I’m fine, still working at Nazim Construction as a CEO..” Haydar menjawab sambil tersenyum dan merenungku. Ahh sudah, aku rasa jantungku berdegup lebih kencang dan muka mula rasa membahang. Untuk mengelak daripada mata kami bertentang aku beralih sedikit melihat Emmel.

Nothing to say, Hana?” Haydar bertanya. “You are not like my Hana, my 4 hours girlfriend. Why Hana? Something wrong? Don’t you want to be my cocaine anymore?” Ohh, masih ingat lagi rupanya dia. Tapi aku sudah tidak mahu menjadi cocaine nya. Tidak, selepas peristiwa di airport tempoh hari. Sambil merenung wajahnya, aku menjawab dengan tenang “No Haydar, I don’t wanna be your cocaine anymore..” dia sedikit terkejut tapi hanya seketika riak wajah itu ditunjukkan, well... Haydar is Haydar “why Hana?” dia bertanya, aku menarik nafas, cuba mencari perkataan yang sesuai “Why? Sebab kalau awak sudah tidak ketagih lagi or tak mahu feel addicted to me, you’ll try to forget me, you’ll find a remedy untuk mengubati ketagihan you tu ..and I think that’s what you did ” fuhh lepas juga. Haydar memandang aku penuh hairan tapi tidak bertanya lanjut.

So Haydar, you tak nak tanya pasal Emmel ke? Tak nak tanya whether she is my daughter or where is my husband?” aku bertanya dengan niat untuk menebak isi hatinya. Tidakkah lelaki ini tertanya-tanya, apakah hubungan aku dengan Emmel? Haydar tersenyum sambil memandang Emmel yang sedang leka bermain, “Tak, I tak teringin pun nak tahu..” huh serious lelaki ni, takde perasaan ke? Ohhh.. memang la Hana, kau tukan kekasih 4 jam dia saje. Tapi being Hana, aku mesti la nak bertanya untuk kepastian. Alah tak luak apa pun. “oohh.. and why?” aku bertanya sambil mengangkat kening. Haydar tersenyum sambil jarinya mengusap pipiku “coz I know she is not your daughter, remember our date in A380? Bila kita curi-curi snap picture baby comel tu and bila I cakap that you can have one if you want and apa yang you jawab Hana? Kene kahwin mat saleh la baru dapat anak macam tu..remember?” dia terus tenang. Dia ingat? Every single word. Perghh.. “logiknya kita baru jumpa and time tu you tak pregnant pun and if you’re pregnant pun takkan la your child terus besar macam tu” Haydar menambah sambil tersenyum penuh makna. Ohhh betul jugak.. “Hmmm ok.. betul la tu..” malas pula rasanya nak menerangkan lebih lanjut memandangkan Haydar seperti tidak berminat untuk ambil  tahu.

Di saat dia memerhatikan Emmel, aku mengambil kesempatan memerhatikan wajahnya. Masih gorgeous dan masih bisa membuatkan hatiku cair. Arghh…I still love him..how I miss him. Aku tak sedar rupanya aku memang rindukan dia. Study, Emmel,  Fawwaz, Fido dan semua yang ada disekelilingku membuatkan aku lupa akan kerinduan yang sentiasa bertandang dalam hati ini. Segala tentang Haydar tampak sempurna. Tapi adakah manusia yang sempurna? Andaikata ini pertemuan terakhir kami, biarlah aku simpan kemas wajah dihadapanku ini. Tapi hati kecilku masih lagi mengharapkan yang ini bukan yang terakhir kali. Aku teringat kata-kata Fawwaz, just do istikharah. Ya, mungkin aku patut melakukan istikharah, mohon Allah tunjukkan padaku apa yang terbaik.

Tiba-tiba Haydar berpaling dan mata kami bertentangan, lama kami bermonolog melalui mata.. arghh rasa itu hadir semula dan kami tenggelam dengan dunia kami, dunia kami berdua..Terasa wajahnya makin dekat, minda deras mengajak aku menjauh tapi hati keras untuk mendekat. Aduhai hati kenapakah kau begini.. “Daddy..you are here.. Mommy daddy is here...” tiba-tiba Emmel menjerit dan menyedarkan kami daripada pergi lebih jauh. “Hurmm.. sorry” tuturnya. “It’s ok.. me also got carried away” balasku lantas berpaling ke arah Emmel dan Fawwaz ada di situ, tangan kirinya mengenggam tangan Emmel sambil matanya merenung tajam ke arahku dan Haydar. Jantungku kembali berdegup...