Thursday, August 22, 2013

Diam-Diam Cinta - Bab 5

Bab 5


Tit..tit..tit...alarm handphone sudah berbunyi. Peristiwa yang berlaku pada Isnin yang lepas masih lagi jelas dalam ingatanku. Tersenyum sendiri aku dibuatnya bila mengenangkan kenangan manis itu. Cuma yang tak berapa best bila dia hanya membisu sehingga kami sampai ke pejabat dan sampai ke hari ini aku tidak lagi terserempak dengan dia di dalam tren.

Sudah-sudahlah berangan Najla! It’s time to go home. Penting bagi aku keluar dari pejabat tepat pukul lima sebab aku malas hendak beratur panjang di stesen nanti. Lagipun, aku tidak mahu berdiri di sepanjang perjalanan dari Ampang Park ke Gombak. Harus la cramp kaki aku nanti. 

Semua barang aku sumbat saja ke dalam beg tangan aku yang besar ni. Senang, tidak perlu beria-ia menyusun barang di dalam beg dan sangat menjimatkan jimat masa. Ok, tutup komputer sudah, barang semua ada dalam beg, kasut pun matching dua-dua belah, muka dan tudung pun ok maka marilah kita pulang.

Bilik Iqbal aku lihat masih terang-benderang lagi. Bos memang macam tu. Perlu lebih rajin daripada anak buah. Barulah boleh dikatakan kepimpinan melalui teladan. Hihihi...banyak la kau punya kepimpinan melalui teladan Najla.

Najla!” Ishh...lagi dua langkah saja nak sampai ke pintu terdengar suara Kak Salmah menjerit memanggil namaku. Alahai, apa yang Kak Salmah nak ni. Tak boleh tunggu minggu depan ke? 

Ya, kenapa kak? Saya dah nak balik ni...nak kejar tren nih...” aku gagahkan juga kaki aku berundur kembali ke meja Kak Salmah.

Tu ha...Encik Iqbal panggil...” Kak Salmah memuncungkan bibirnya ke arah bilik Iqbal. 

Apa hal pula Iqbal hendak jumpa aku petang-petang ni? Buang tebiat ke apa. 

Ala..dia nak apa kak? Dari tadi tak nak panggil...orang dah nak balik baru sibuk-sibuk panggil!” 


Baru sahaja hendak mengetuk pintu bilik Iqbal, tiba-tiba pintu biliknya terbuka dan dia menjenguk keluar. Terpandang sahaja wajah aku yang comel ini, terbit senyuman daripada bibir merahnya. Hehehehe...sempat lagi tu... 

Ha...Najla... masuk...” sambil dia bergerak ke meja nya semula.

Ada apa Encik Iqbal?” tanpa berbasa-basi terus saja aku bertanya sambil memandang Iqbal duduk dengan selamba di mejanya tanpa ada rasa bersalah. Ialah, haruslah rasa bersalah sebab dia menyebabkan aku terlewat balik beberapa minit nih. Lagipun ini kan di luar waktu pejabat. Mana boleh tahan staf balik tanpa alasan yang munasabah. Hurmm...bijak kau Najla! Sangat bijak mencari alasan. 

Hampir 2 minit berlalu dan Iqbal hanya merenung aku tanpa suara. 

Dah apa kena pula mamat ni? Kalau setakat nak pandang aku, tangguh saja sampai minggu depan. Sekarang ini bukan masa untuk tenung merenung. Akak nak balik occay!

Encik Iqbal, saya balik dulu kalau takde apa-apa...” Suara Kak Salmah tiba-tiba memecah kesunyian antara kami. 

Aku berpaling ke arah pintu bilik Iqbal. Wajah Kak Salmah terjengul di pintu bilik itu. Ala... mana aci ni. Kak Salmah dah nak balik. Aku pun nak balik juga. 

Iqbal mengalihkan pandangan matanya dan menganggukkan kepalanya kepada Kak Salmah. 

Thanks Encik Iqbal... bye Najla...” Kak Salmah tersenyum nakal padaku dan terus menutup pintu bilik Iqbal. 

Aku mula terasa resah.

Sebaik sahaja pintu bilik ditutup, dia kembali merenung wajahku.Rasa tidak selesa pula bila dia hanya merenung tanpa suara. Takut juga berdua-duan dengannya.

Bukankah bila lelaki dan perempuan berdua-duanya akan ada yang ketiga. Lagipun tidak elok rasanya bila lelaki dan perempuan yang bukan mahram berada dalam keadaan seperti kami ini. Seperti Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : "Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan".

Hish...takmo kahwin free. Takut...takut pada Allah SWT. Takut memalukan emak dan abah. Ya...saya takut.

Errr...Encik Iqbal, saya pun nak balik la kalau takde apa-apa...Nak kejar tren ni...” aku memberanikan diri bertanya. 

Kenapa? Tren tu lari ke, yang awak nak kena kejar?” terletus tawa kecil dari mulutnya.

Ehh..dia buat lawak ke? Kenapa aku tak rasa macam lawak pun. Aku hanya mencebikkan bibir supaya dia nampak yang lawak dia tu sebenarnya tak lawak langsung di saat dan ketika ini.

Serentak itu dia bangun, mencapai telefon bimbitnya dan menapak perlahan ke arahku. Matanya tidak lepas daripada merenungku.

Sudah...dia ni kenapa ni? Mak abah tolong! Anak dara mak abah ni dah seram sejuk ni.

Dada aku sudah berdebar tak ingat. Muka pun agaknya kalau ditoreh, tak keluar darah. Aku bersiap sedia untuk melarikan diri andai kata dia cuba membuat perkara yang tidak elok padaku.

Aku memang tidak pernah berminat nak belajar sebarang seni mempertahankan diri. Tapi kalau keadaan dah memaksa, aku rasa setakat sepak terajang tu boleh kot untuk mempertahankan diri sendiri.

Dia berhenti di hadapanku. Aku pula memberanikan diri melawan pandangan matanya.

Dia tersenyum nakal. Aku semakin kecut perut. 

http://forums.soompi.com
Aku berundur setapak ke belakang. Mata tidak lepas daripada mengawasinya. Ialah kalau dia macam-macam dengan aku. Siaplah. Tak kira la dia bos ke apa ke. Maruah diri harus dipertahankan.

Kenapa pucat ni Najla?” dia tersenyum meleret.

Err.... takde la.. mana ada...” aku cuba berlagak selamba.

Dia kulihat menarik nafas panjang. Mukanya tiba-tiba berubah menjadi serius. Kemudian dia berjalan melepasiku dan terus membuka pintu biliknya.

Jom... balik sama-sama...” Aiik??? Dia ajak aku balik ke?

Melopong aku dibuatnya. Dah kenapa dia ni? Hari tu pun ajak jalan sama-sama. Ini angin tiada ribut pun tiada, tup-tup ajak balik bersama-sama pula.

Takkan dia dah jatuh hati kat aku kot? Hehehehe... suka la juga kalau betul. Mesti dia ni diam-diam dah jatuh cinta dengan aku ni. Tapi, takkan tidak semena-mena je kot. Perasan la kau ni Najla.
Aku tersenyum sendiri bila memikirkan perkara ni.

Tak nak balik ke? Tadi kata nak kejar tren...” suaranya mengejutkan aku daripada lamunanku.

Err... haa.. jomlah” sambil cuba menyembunyikan senyumanku, aku berpusing perlahan ke arah pintu biliknya. Cuba memandang seraut wajahnya untuk meneka maksud di sebalik pelawaannya itu. Tetapi dia terlebih dahulu berjalan menuju ke pintu keluar.

Aishhh...melepas lagi aku.

Kami berjalan tanpa suara. Perasaan membuak-buak ingin tahu dan bertanya padanya kenapa tiba-tiba dia ajak aku balik bersama. Tetapi mulut ni berat sangat rasanya. 

Dia pun tiada tanda-tanda ingin berbual. Diam seribu bahasa. 

Ahhh.... dengar lagu lagi best. Aku memutuskan untuk memendam sahaja pertanyaanku itu.

Aku mencari earphone di dalam beg sambil berjalan. Hish.. mana pula la earphone ni. Selalu sekali sauk je dah dapat.

Cari apa?” tiba-tiba dia bersuara.

Cari earphone...tah mana tah...” aku mejawab tanpa memandang ke arahnya. Masih lagi fokus mencari earphone di dalam beg. 

Pinnnnnnnnnnnnn!!!!

Astagfirullah. Aku beristighfar dalam hati apabila terasa tanganku ditarik kasar dan tubuhku ditarik ke belakang. Jantung berdegup kencang. Kereta Ford hitam meluncur laju dihadapanku. Aku terpegun. Terkejut sebenarnya. Tapi aku bersyukur kerana terselamat daripada sebarang kecelakaan. Alhamdulillah.

Awak ni cuai la! Penting sangat ke earphone tu sampai tak pandang kiri kanan!” Iqbal separa menjerit kepadaku. 

Takut pula rasanya tatkala memandang wajahnya yang berubah garang. Merah padam mukanya. Mungkin menahan marah atau mugkin juga kesan terkejut seperti aku. Tangannya masih tidak lepas daripada memegang lenganku. Terasa kejap pegangannya.

Kalau kena langgar tadi macam mana? Ni nasib baik saya ada. Kalau tak?” dengan muka yang menahan geram, dia melepaskan pegangannya dan melangkah laju meninggalkan aku.

Aku terkedek-kedek cuba mengejar langkahnya yang panjang.

Saya minta maaf. Tak perasan pun kereta tadi...” setelah berjaya menyaingi langkahnya aku terus memohon maaf. Pelik juga, apasal pula aku kena minta maaf pada dia?

Alah takpa la...Sekali sekala. Lagipun dia dah tolong aku tadi.

Errr thanks ye Encik Iqbal” dia terus melangkah laju dan masih lagi enggan memandang aku.

Kecut perut pula bila dalam keadaan begini. Tapi kenapa pula aku nak takut? Aku sendiri pun kurang mengerti dengan perasaan hati ini.

Dia berhenti berjalan dan memandang ke arahku. Serentak itu juga aku berhenti berjalan. Rasa cuak untuk memandangnya tapi aku beranikan juga diri.

Sebaik sahaja mata kami bertentangan, dia menundukkan wajahnya dan berbisik perlahan tapi keras ke telingaku.

Start daripada hari ni, pagi dan petang, kita jalan sama-sama, dari stesen ke office dan dari office ke stesen!

Baru sahaja aku membuka mulut untuk menjawab dia terus meletakkan jari telunjuknya ke bibirku dan dengan nada tegas dia seolah memberi amaran kepadaku... 

and I don't take no for an answer!

Dia berlalu pergi dan aku terkesima...

***************************************************************************
Salam... masih lagi dalam mood hari raya...hehehe...masih struggle dalam mencari masa untuk menulis. In shaa Allah minta dipermudahkan segala urusan...

Segala pandangan, komen dan rujukan saya ambil kira untuk terus improvekan my writing. In shaa Allah dgn sokongan anda yg sudi membaca dan memberi pandangan, saya mungkin boleh menulis dengan lebih baik lagi. Amin....

So harapnya Bab 5 ni dpt memberikan sedikit kepuasan di hati anda yg membaca dan spt selalu segala pandangan anda amat saya hargai....

Tuesday, August 13, 2013

Diam-Diam Cinta - Bab 4

Boleh la mak, abah...” susahnya hendak memujuk mereka.

Sejak semalam aku berusaha memujuk mak dan abah agar mengizinkan aku pergi bercuti di Pulau Pangkor. Bukannya selalu aku mendapat peluang bercuti panjang. Bilik di Pangkor Island Beach Resort pun sudah aku tempah. Rugi nanti kalau tidak jadi pergi. Mahal tu!

Najla, mak dengan abah ni risau tau tak? Anak dara pergi berjalan sorang-sorang. Buatnya ada apa-apa hal berlaku, macam mana?” emak memberikan aku khutbah Isnin secara percuma.

Kenapa kamu tak ajak kawan teman?” Alamak! Bila abah sudah bersuara, perut jadi kecut dan harapan terasa tipis. Tapi usahakan tangga kejayaan. Pantang mengalah sebelum kalah. Hehehehe....

 Bukan Najla tak nak ajak kawan bah, tapi diorang tu semua sibuk, tak dapat cuti. Lagipun, Najla pergi Pangkor je... boleh la...” 

Salah aku juga, menempah hotel sebelum meminta kebenaran daripada emak dan abah. Masak la macam ni. Kena juga pujuk mereka untuk izinkan aku pergi.

Aku tahu mak dan abah risau anak perempuan tunggal mereka ni berjalan sendirian. Tapi in shaa Allah, aku yakin Allah akan sentiasa melindungi hambaNya dan sebelum ini pun aku pernah ke sana dengan kawan-kawan. Jadi sudah agak biasa juga dengan tempat tu. 

Naj janji Naj akan jaga diri... Naj akan call mak ngan abah setiap hari...Boleh la....” aku berjanji kepada mak dan abah. Dengan harapan janjiku ini dapat melembutkan hati kedua orang tuaku.
Abah menunjukkan riak wajah yang tidak berpuas hati, emak hanya menjuihkan bibirnya. Habis la, abah dan emak tidak termakan janji aku.

Aku sudah terbayang cuti panjangku yang akan dihabiskan di rumah sahaja dan akan dipenuhi aktiviti makan dan tidur. Nasib tak baik, mungkin terpaksa masuk kelas memasak tidak formal anjuran emak. Boringnya!

Aku melepaskan keluhan yang panjang. Takde rezeki la nak ke sana. Aku capai kunci kereta dan beg tanganku. Bersiap untuk ke tempat kerja. Aku pandang emak dan abah sekilas. Merajuk la konon. 

“Tak minum dulu Najla? Penat emak kamu masak sarapan. Kamu tak sentuh pun!”

Alah...kalau abah dah bertanya jawabnya kena la minum dulu. Kalau tak mahu di tempik di pagi yang hening ni. Abah agak garang, tapi itu dulu. Semasa aku masih belajar. Tetapi semenjak dua menjak ni, kegarangan abah dah berkurangan. Mungkin faktor usia kot.

Hurmm...” abah berdehem sambil menghela nafas yang panjang. “Kamu tu Najla, kalau dilarang macam mana pun, kalau kamu nak pergi, kamu pergi jugakkan? Jagalah diri tu elok-elok. Make sure everyday kamu call mak atau abah.

Aku menguntum senyum lebar. Yes! Abah dah izinkan. Emak hanya tersenyum.

Ok! Naj janji akan jaga diri Naj elok-elok and akan call emak abah everyday... love you lah! Muah...” 

Aku cium pipi emak dan abah.Happy sangat dapat pergi. Tak sabar dah ni. Sabtu ni, akan sampailah aku ke sana. Cepat-cepat aku habiskan mee goreng dipinggan. Takut lama-lama di meja ni, emak dan abah berubah fikiran pula. Lagipun aku harus keluar sekarang kalau tidak mahu terlambat sampai ke pejabat.


Mungkin sebab hari ini hari Isnin, tren agak sesak daripada biasa. Mungkin masing-masing menghidap penyakit Monday blues sama seperti aku dan pergerakan untuk bersiap ke pejabat menjadi lebih lambat daripada biasa.

Seperti biasa, kalau aku terpaksa berdiri, aku akan berdiri di tepi pintu. Senang untuk aku keluar nanti dan membolehkan aku bersandar di dinding tren sambil melayan mataku yang sememangnya akan memberat sebaik sahaja berada di dalam tren.

Sedang aku asik memandang ke luar, tiba-tiba terasa seperti lelaki di sebelah menghimpit tubuhku.
Aku cuba berbaik sangka yang lelaki ini tidak sengaja dan keadaan tren yang agak sesak memaksa dia menghimpitku. Aku cuba menjarakkan kedudukan kami dengan merapatkan tubuhku ke dinding tren.

Semakin aku rapat ke dinding aku terasa semakin galak pula dia menggeselkan badannya ke tubuhku, aku sudah rasa lain macam. Apa hal pula mamat ni? Ya Allah, tolong la hambamu ini Ya Allah. 

Tidak sampai dua minit, tiba-tiba sepasang tangan melekap ke dinding tren di kiri dan kananku. Dan lelaki itu seperti menjarakkan badannya. Walaupun badan kami tidak bersentuhan, tetapi aku masih lagi berasa tidak selesa. Dalam keadaan begini lebih mudah untuk dia mengambil kesempatan ke atasku. 

Lelaki ini harus di ajar! Aku bersiap sedia untuk mengajar lelaki gatal itu. 

Satu...dua...tiga!

Aku berpaling dan mendongak untuk melihat wajahnya. Pandangan mata kami bertaut. Dunia terasa hanya milik kami berdua. Jantung berdegup kencang, hati berdebar dan terasa wajahku sudah membahang menahan rasa. Satu rasa yang aneh yang menerpa di dalam hatiku.Terasa seperti mataku sudah dipaku oleh pandangan matanya yang tajam. Dia menundukkan kepalanya sedikit dan mendekatkan wajahnya ke sisiku.

 Lain kali cuba pertahankan diri...jangan diam membisu...” Iqbal berbisik perlahan di telingaku. Aku hanya mampu menganggukkan kepala perlahan-lahan kerana lidahku kelu untuk berkata-kata. Sungguh aku terkejut kerana tidak menyangka Iqbal cuba melindungi aku daripada lelaki gatal tadi.

Ehh... tapi siapa pula yang cuba membuat onar tadi ek? Aku memandang sekelilingku. Ternampak olehku seorang lelaki warga asing yang terkulat-kulat memandang kami. Mungkin dia la lelaki miang yang cuba menggatal tadi. 

Hish...ikutkan hati memang nak je aku bagi penampar sedas dua. Nasib baik ada penyelamat datang. Kalau tidak, harus la si gatal itu kena sepakan jurus ke lima daripada aku. 

Aku kembali memandang ke luar tren. Tidak sanggup rasanya hendak bertentang mata dan berlawan pandang dengan penyelamatku walaupun hatiku bagai digaru-garu untuk memandang si dia. Control la skit kan. Mana boleh tunjuk sangat yang kita suka pada dia kan. Harus la menjadi wanita melayu terakhir di depan pujaan hati. Huhuhuhu....

Sepanjang perjalanan sepasang tangannya tetap setia melekap di dinding tren. Seolah-olah melindungi aku daripada gangguan orang lain. Perasaan selamat menjelma di dalam diri dan aku terasa sangat dekat dengannya. Perasaan dan rasa yang aneh itu kembali menerpa. Rasa yang aku sendiri sukar untuk mentafsirkannya.

 “Next station, Ampang Park” 

Lega, sampai juga akhirnya. Sepasang tangannya tidak lagi di sisiku. Mungkin dia juga bersiap sedia untuk keluar daripada tren. Aku seboleh mungkin cuba untuk tidak memandang wajahnya. Sebaik sahaja pintu tren terbuka, aku terus melangkah keluar. 

Najla...tunggu...” Lengan bajuku terasa ditarik.

http://mediamalaya.com/tag/heliza-helmi/

Aku berpaling dan secara automatik mata memandang ke bawah. Ke arah kakiku. Manalah tahu kalau aku tersilap memakai kasut lagi.Setelah berpuas hati dan segalanya nampak ok dan sempurna, barulah aku berani bersuara.

Err... kenapa Encik Iqbal?

Dia tersenyum sambil melepaskan lengan bajuku. Alahai... kenapalah senyuman dia mengancam sangat ni?

Alahai... kenapalah senyuman dia mengancam sangat ni?
Kasut awak ok....” Eh...Dia boleh dengar suara hati aku ke? Amboi...sangat sehati sejiwa gitu. Hahahaha.... Tapi jangan la excited sangat Najla. Tapi apa motif dia panggil aku?

Dah tu kenapa Encik Iqbal?

Jom! Jalan sama-sama..." dia mengenyitkan matanya dan terus membuka langkah. Eh... tiba-tiba je mamat ni. Pelik! Segan la pula nak berjalan bergandingan dengan dia. Tapi inikan peluang yang mungkin sekali seumur hidup. Hurmmm...takkan nak lepaskan begitu sahaja. Aishhh...dalam dilema nih.

Dia berpaling dan menunggu aku untuk memulakan langkahku. Cepat-cepat aku melangkah menghampirinya. Tak sanggup berjalan perlahan dan menjadi tontonan matanya. Terasa serba tak kena langkahku apabila dia memandang aku tanpa berkelip. 

Kami sama-sama melangkah keluar dari stesen. Masing-masing diam melayan perasaan sendiri. Aku jadi kekok.

Awak dah breakfast?” Iqbal tiba-tiba berpaling dan bertanya.

Belum... errr... Encik Iqbal?” aku hanya memandang dia sekilas. 

Belum.” 

Senyap.

****************************************************************************
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua yang membaca... keep on reading and as usual ur comment and feedback is much appreciated...

Slightly delayed in publishing new chapter due to Ramadhan, Syawal and also sons yang kene demam campak... hehehehe... btw hope u guys enjoy reading this chapter and keep on supporting me ya... thanks a lot....