Wednesday, December 4, 2013

Diam-Diam Cinta ~ Bab 7

Bab 7

Usai bersolat dan bersiap ala kadar aku bergegas ke lobi hotel. Sudahlah hendak menumpang orang, takkan nak biarkan orang tu pula menunggu aku. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa la kan.

Maaf Cik, van sudah sampai.. Cik boleh sertai kumpulan itu...” peyambut tetamu resort ini dengan lembutnya memberitahuku. Kan bagus perkhidmatan seperti ini. Cakap lemah lembut, sopan santun dan sentiasa tersenyum, barulah sejuk hati tetamu. 

Aku mengekori langkahnya ke arah kumpulan tetamu yang dimaksudkan tadi. Aku lihat mereka hanya bertiga. Seorang wanita yang mungkin dalam pertengahan 50an, seorang lelaki yang hampir sebaya dengan wanita tadi, mungkin suaminya dan seorang gadis remaja dalam lingkungan 18 tahun. Lega rasa hati apabila melihat mereka yang nampak seperti orang baik-baik sahaja.

Sebaik sahaja diberitahu tentang aku, mereka terus melemparkan senyuman mesra. Fuh... lega rasanya.

Assalamualaikum makcik...saya Najla...” aku memperkenalkan diri sambil menghulur tangan untuk bersalam.

Waalaikumussalam...Najla...sedap nama tu...nama makcik Rokiah...panggil Mak Kiah jela...ini suami makcik pakcik Syam dan ini anak dara makcik Fatihah...” sambil menyambut huluran tanganku, Mak Kiah memperkenalkan ahli keluarganya satu persatu.

Pakcik Syam hanya tersenyum sambil mengganggukkan kepalanya. Fatihah pula terus bersalam denganku sambil melagakan pipinya ke pipiku. Nampak ceria gadis ini.

Akak datang sorang je ke?” Fatihah ramah memulakan bicara.

Ha ah akak datang sorang... err...kata staff hotel ni tadi, ada empat orang...mana sorang lagi?” mata aku meliar melihat sekeliling.

Ada kak... jap lagi sampai la dia... abang kita tu memang lembss sikit nak bersiap..” ramah Fatihah menjawab.

Maaf la Najla, kita tunggu anak makcik kejap ye...Najla tak kisah kan?” tanya Mak Kiah dalam nada bersalah sambil memegang erat tanganku

Ehhh..takpe takpe...saya tak kisah makcik...biar lambat janji dapat...hehehehe” jujur aku menjawab soalan Mak Kiah. Sejujurnya aku memang tidak kisah. Mereka sudi menumpangkan aku pun sudah satu rahmat. Takkan la aku hendak banyak bunyi pula.

Dapat apa kak?” tanya Fatihah sambil mengerutkan dahinya. Mungkin pelik dengan peribahasa baru yang aku cipta sendiri.

Yelah...nasib baik ada awak sekeluarga...dapatlah akak pergi ke pekan...kalau tak, memang terperap kat sini jela...nak sewa motor, tak reti la pula nak bawa motor

Hish...Najla, kalau pandai bawa motor pun jangan berani-berani nak berjalan sendiri kat sini...buatnya motor rosak ke apa ke... bahaya” cepat-cepat Mak Kiah bersuara dengan riak wajah yang bimbang. Terus membuatkan aku teringat kepada emak.

Aku angguk.

Hish... mana abang ni mama? Lama pula bersiap...mengalahkan perempuan!” cemberut muka Fatihah sambil matanya menghala ke arah pintu masuk lobi.

Sabar la Tihah...tak kemana pekan tu...” kata pakcik Syam ringkas sambil mengusap bahu Fatihah. Lembut sahaja suaranya.

Fatihah hanya mencebikan bibirnya dan terus sahaja masuk ke dalam van. Tak sabar mungkin hendak ke pekan.

Najla kalau nak naik dulu, pergilah....” mak Kiah mempelawaku sambil menunjuk ke arah van.

Errr...takpelah makcik...saya tunggu kat sini...” aku menolah seraya membelek telefon bimbitku.

Agak kurang manis rasanya, jika aku bersenang-lenang di dalam van dan mereka berdiri terpacak di luar.


Hah! Itupun dia...cepatlah bang!! Lambat sangatlah!” teriak Fatihah. 

Serentak itu kami semua menghalakan pandangan ke arah pintu masuk lobi. Terasa nafasku tersekat dikerongkong dan aku menelan liur. Spontan tanganku menepuk dahi.

*****************************************************************************
Alhamdulillah... dapat jugak menghabiskan bab 7. Semoga yang membaca terus membaca dan memberikan pandangan dan kritikan yang dapat membantu saya membina cerita yang lebih baik. Amin...

Saturday, September 28, 2013

Diam - Diam Cinta ~ Bab 6

Bab 6

Yeay! Aku sudah berada di Pulau Pangkor. Seronoknya. Nasib baik Jumaat itu merupakan hari terakhir aku bekerja sebelum bercuti panjang. Jadi, arahan Iqbal untuk kami bersama-sama berjalan pergi dan balik secara automatiknya tidak dapat dilaksanakan dengan serta-merta.

Tiada sebarang alasan yang Iqbal beri padaku ketika aku bertanya apa relevannya kami perlu berjalan bersama. Sakit juga hati aku bila mengenangkan sikap acuh tak acuhnya ketika aku menantikan jawapan. Sudahnya aku biarkan saja. Lagipun aku mahu bercuti dengan aman dan tenteram. Perkara remeh temeh macam ini lepas balik dari bercuti la aku fikir.

Seronok rasanya berada di sini. Feeling ala-ala minah saleh yang berjemur di bawah sinaran matahari. Tapi aku minah saleh versi muslimah...hehehehe...Antara sebab mengapa aku memilih untuk menginap di Pangor Island Beach Resort ini ialah, untuk sampai ke sini dari Lumut, hanya 30 minit perjalanan feri dan resort ini juga mempunyai jeti persendirian. Dikelilingi oleh bukit-bukau hutan hujan dara, terletak di sebuah teluk terpencil dan pantai persendirian yang berpasir putih dan menjanjikan privacy kepada tetamu yang menginap di sini.




Biliknya juga luas dan cantik. Sangat mendamaikan di sini. Terutama apabila angin pantai bertiup lembut. Saat-saat begini tiada perkara lain di dalam fikiran ku melainkan....tidur. Hahahaha... teruk la aku ni. Datang jauh-jauh semata mata untuk tidur.


Puteri Dewi SPA salah satu perkhidmatan yang disediakan di sini  akan menjadi salah satu tempat yang wajib aku kunjungi dalam percutian aku kali ini. Sekali sekala memanjakan diri bagi melegakan badan dan jiwa supaya balik dari bercuti nanti aku lebih bersemangat untuk bekerja. Ecewah...poyo je aku.

Cuma masalah aku kat sini ialah untuk ke pekan Pangkor. Disebabkan resort ni terletak di hujung pulau, maka agak jauh daripada pekan. Perkhidmatan menyewa motorsikal ada disediakan tapi aku ni nak naik basikal pun tak lepas inikan pula motor.

Nasib baik juga resort ini menyediakan perkhidmatan menyewa van untuk tetamunya ke pekan Pangkor. Aku sudah meninggalkan pesan kepada kakitangan resort sekiranya ada tetamu lain yang turut ingin menyewa van untuk round island trip, aku ingin menumpang sama. Duit sewa van boleh la kami kongsi bersama. Lebih menjimatkan kos.

Sementara menunggu, aku memenuhi masa lapangku dengan berehat di tepi pantai. Belum mahu menyertai sebarang aktiviti pantai yang di sediakan oleh pihak resort. Biarlah, masih banyak masa lagi. Hehehehe... lagipun aku datang ke sini memang untuk beristirehat.

Hembusan angin pantai ini membuatkan mataku semakin layu.

Terasa seperti baru sahaja aku melelapkan mata apabila bahuku di goncang lembut. Malasnya hendak membuka mata.

Cik...minta maaf menganggu...cik...” terdengar suara lembut mengejutkan aku.

Lambat-lambat aku membuka mata. Seorang gadis muda yang kelihatan serba salah tetapi masih melemparkan senyuman di depan ku. Ohhh...staf resort ni rupanya. Zaina...sempat aku menjeling tag namanya.

Hmmm...ye...ada apa?” aku bertanya sambil menggosok mataku dan menggeliatkan badan. Perghh... sedapnya menggeliat. Kalaulah emak ada ni, alamat dah kena cubitan maut ni. Tak elok anak dara menggeliat kata mak. Macam orang pemalas. Huhuhuhu.... pedih je telinga aku kalau mendengar sindiran emak.

Sebagai anak tunggal mereka, memang aku akui kadangkala aku memang agak liat untuk membuat kerja rumah. Bak kata emak, kalau tak dipaksa, dileter memang aku tak bergerak la. Hehehe... Emak cakap kalau tak berlatih daripada sekarang, esok bila dah kahwin nampak kekok segala bila buat kerja rumah. Malu dengan emak mertua nanti.

Dan seperti biasa aku akan menjawab, bila nak kahwin nanti aku practice la hari-hari. Supaya tak nampak janggal. Lagipun apa la sangat setakat buat kerja rumah tu. Petik jari je...Hehehe riak ko Najla.

Cuma bab memasak lauk pauk je aku agak lemah. Kalau setakat masak nasi guna rice cooker, goreng ayam dan ikan yang sudah disiang orang lain dan membuat sambal rasanya lepas sudah. Tapi kalau hendak menggulai, masak kari atau rendang memang takla. Huh! Risau pula rasanya. Tapi itu kita fikir kemudian ye. Calon pun takda lagi, maka toksah pikir jauh sangat ke laut.

Ehhh...apa yang Zaina cakap tadi ye? Bila aku lihat Zaina hanya mengerutkan keningnya sambil memandang aku seperti mengharapkan jawapan daripadaku. Aiseh...ni la bahana orang kuat berangan.

Errr...maaf ye, boleh tak ulang balik apa yang awak cakap tadi...saya masih mamai lagi tadi...” aku menggaru kepala yang tak gatal.

Zaina tersenyum memahami dan memberitahu yang jam dua petang nanti ada satu kumpulan tetamu resort yang menyewa van untuk round island trip. Mereka hanya berempat jadi aku boleh la menumpang kumpulan itu. Pergh...lega rasa hati. Dapat juga aku keluar ke pekan Pangkor. Harapnya mereka tu tak kisah la aku menumpang van yang mereka naiki. Usai mengucapkan terima kasih aku mengerling jam tanganku. Apa?? Dah pukul satu petang? Lama juga aku tidur tadi rupanya.

Cepat-cepat aku mengemaskan barangku dan kembali ke bilik untuk solat zohor dan bersiap. Sudahlah aku menumpang orang, sungguh kurang manis rasanya nak membiarkan mereka menunggu aku.

**************************************************************************
Alhamdulillah...setelah agak lama tak berupdate dapat juga update Bab 6. Hopefully ramai lagi yang sudi membaca sambungan DDC ni... As usual, comment and feedback from you, sangat-sangat dihargai. Thank you in advance pada yang sudi membaca... :)

Thursday, August 22, 2013

Diam-Diam Cinta - Bab 5

Bab 5


Tit..tit..tit...alarm handphone sudah berbunyi. Peristiwa yang berlaku pada Isnin yang lepas masih lagi jelas dalam ingatanku. Tersenyum sendiri aku dibuatnya bila mengenangkan kenangan manis itu. Cuma yang tak berapa best bila dia hanya membisu sehingga kami sampai ke pejabat dan sampai ke hari ini aku tidak lagi terserempak dengan dia di dalam tren.

Sudah-sudahlah berangan Najla! It’s time to go home. Penting bagi aku keluar dari pejabat tepat pukul lima sebab aku malas hendak beratur panjang di stesen nanti. Lagipun, aku tidak mahu berdiri di sepanjang perjalanan dari Ampang Park ke Gombak. Harus la cramp kaki aku nanti. 

Semua barang aku sumbat saja ke dalam beg tangan aku yang besar ni. Senang, tidak perlu beria-ia menyusun barang di dalam beg dan sangat menjimatkan jimat masa. Ok, tutup komputer sudah, barang semua ada dalam beg, kasut pun matching dua-dua belah, muka dan tudung pun ok maka marilah kita pulang.

Bilik Iqbal aku lihat masih terang-benderang lagi. Bos memang macam tu. Perlu lebih rajin daripada anak buah. Barulah boleh dikatakan kepimpinan melalui teladan. Hihihi...banyak la kau punya kepimpinan melalui teladan Najla.

Najla!” Ishh...lagi dua langkah saja nak sampai ke pintu terdengar suara Kak Salmah menjerit memanggil namaku. Alahai, apa yang Kak Salmah nak ni. Tak boleh tunggu minggu depan ke? 

Ya, kenapa kak? Saya dah nak balik ni...nak kejar tren nih...” aku gagahkan juga kaki aku berundur kembali ke meja Kak Salmah.

Tu ha...Encik Iqbal panggil...” Kak Salmah memuncungkan bibirnya ke arah bilik Iqbal. 

Apa hal pula Iqbal hendak jumpa aku petang-petang ni? Buang tebiat ke apa. 

Ala..dia nak apa kak? Dari tadi tak nak panggil...orang dah nak balik baru sibuk-sibuk panggil!” 


Baru sahaja hendak mengetuk pintu bilik Iqbal, tiba-tiba pintu biliknya terbuka dan dia menjenguk keluar. Terpandang sahaja wajah aku yang comel ini, terbit senyuman daripada bibir merahnya. Hehehehe...sempat lagi tu... 

Ha...Najla... masuk...” sambil dia bergerak ke meja nya semula.

Ada apa Encik Iqbal?” tanpa berbasa-basi terus saja aku bertanya sambil memandang Iqbal duduk dengan selamba di mejanya tanpa ada rasa bersalah. Ialah, haruslah rasa bersalah sebab dia menyebabkan aku terlewat balik beberapa minit nih. Lagipun ini kan di luar waktu pejabat. Mana boleh tahan staf balik tanpa alasan yang munasabah. Hurmm...bijak kau Najla! Sangat bijak mencari alasan. 

Hampir 2 minit berlalu dan Iqbal hanya merenung aku tanpa suara. 

Dah apa kena pula mamat ni? Kalau setakat nak pandang aku, tangguh saja sampai minggu depan. Sekarang ini bukan masa untuk tenung merenung. Akak nak balik occay!

Encik Iqbal, saya balik dulu kalau takde apa-apa...” Suara Kak Salmah tiba-tiba memecah kesunyian antara kami. 

Aku berpaling ke arah pintu bilik Iqbal. Wajah Kak Salmah terjengul di pintu bilik itu. Ala... mana aci ni. Kak Salmah dah nak balik. Aku pun nak balik juga. 

Iqbal mengalihkan pandangan matanya dan menganggukkan kepalanya kepada Kak Salmah. 

Thanks Encik Iqbal... bye Najla...” Kak Salmah tersenyum nakal padaku dan terus menutup pintu bilik Iqbal. 

Aku mula terasa resah.

Sebaik sahaja pintu bilik ditutup, dia kembali merenung wajahku.Rasa tidak selesa pula bila dia hanya merenung tanpa suara. Takut juga berdua-duan dengannya.

Bukankah bila lelaki dan perempuan berdua-duanya akan ada yang ketiga. Lagipun tidak elok rasanya bila lelaki dan perempuan yang bukan mahram berada dalam keadaan seperti kami ini. Seperti Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : "Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan".

Hish...takmo kahwin free. Takut...takut pada Allah SWT. Takut memalukan emak dan abah. Ya...saya takut.

Errr...Encik Iqbal, saya pun nak balik la kalau takde apa-apa...Nak kejar tren ni...” aku memberanikan diri bertanya. 

Kenapa? Tren tu lari ke, yang awak nak kena kejar?” terletus tawa kecil dari mulutnya.

Ehh..dia buat lawak ke? Kenapa aku tak rasa macam lawak pun. Aku hanya mencebikkan bibir supaya dia nampak yang lawak dia tu sebenarnya tak lawak langsung di saat dan ketika ini.

Serentak itu dia bangun, mencapai telefon bimbitnya dan menapak perlahan ke arahku. Matanya tidak lepas daripada merenungku.

Sudah...dia ni kenapa ni? Mak abah tolong! Anak dara mak abah ni dah seram sejuk ni.

Dada aku sudah berdebar tak ingat. Muka pun agaknya kalau ditoreh, tak keluar darah. Aku bersiap sedia untuk melarikan diri andai kata dia cuba membuat perkara yang tidak elok padaku.

Aku memang tidak pernah berminat nak belajar sebarang seni mempertahankan diri. Tapi kalau keadaan dah memaksa, aku rasa setakat sepak terajang tu boleh kot untuk mempertahankan diri sendiri.

Dia berhenti di hadapanku. Aku pula memberanikan diri melawan pandangan matanya.

Dia tersenyum nakal. Aku semakin kecut perut. 

http://forums.soompi.com
Aku berundur setapak ke belakang. Mata tidak lepas daripada mengawasinya. Ialah kalau dia macam-macam dengan aku. Siaplah. Tak kira la dia bos ke apa ke. Maruah diri harus dipertahankan.

Kenapa pucat ni Najla?” dia tersenyum meleret.

Err.... takde la.. mana ada...” aku cuba berlagak selamba.

Dia kulihat menarik nafas panjang. Mukanya tiba-tiba berubah menjadi serius. Kemudian dia berjalan melepasiku dan terus membuka pintu biliknya.

Jom... balik sama-sama...” Aiik??? Dia ajak aku balik ke?

Melopong aku dibuatnya. Dah kenapa dia ni? Hari tu pun ajak jalan sama-sama. Ini angin tiada ribut pun tiada, tup-tup ajak balik bersama-sama pula.

Takkan dia dah jatuh hati kat aku kot? Hehehehe... suka la juga kalau betul. Mesti dia ni diam-diam dah jatuh cinta dengan aku ni. Tapi, takkan tidak semena-mena je kot. Perasan la kau ni Najla.
Aku tersenyum sendiri bila memikirkan perkara ni.

Tak nak balik ke? Tadi kata nak kejar tren...” suaranya mengejutkan aku daripada lamunanku.

Err... haa.. jomlah” sambil cuba menyembunyikan senyumanku, aku berpusing perlahan ke arah pintu biliknya. Cuba memandang seraut wajahnya untuk meneka maksud di sebalik pelawaannya itu. Tetapi dia terlebih dahulu berjalan menuju ke pintu keluar.

Aishhh...melepas lagi aku.

Kami berjalan tanpa suara. Perasaan membuak-buak ingin tahu dan bertanya padanya kenapa tiba-tiba dia ajak aku balik bersama. Tetapi mulut ni berat sangat rasanya. 

Dia pun tiada tanda-tanda ingin berbual. Diam seribu bahasa. 

Ahhh.... dengar lagu lagi best. Aku memutuskan untuk memendam sahaja pertanyaanku itu.

Aku mencari earphone di dalam beg sambil berjalan. Hish.. mana pula la earphone ni. Selalu sekali sauk je dah dapat.

Cari apa?” tiba-tiba dia bersuara.

Cari earphone...tah mana tah...” aku mejawab tanpa memandang ke arahnya. Masih lagi fokus mencari earphone di dalam beg. 

Pinnnnnnnnnnnnn!!!!

Astagfirullah. Aku beristighfar dalam hati apabila terasa tanganku ditarik kasar dan tubuhku ditarik ke belakang. Jantung berdegup kencang. Kereta Ford hitam meluncur laju dihadapanku. Aku terpegun. Terkejut sebenarnya. Tapi aku bersyukur kerana terselamat daripada sebarang kecelakaan. Alhamdulillah.

Awak ni cuai la! Penting sangat ke earphone tu sampai tak pandang kiri kanan!” Iqbal separa menjerit kepadaku. 

Takut pula rasanya tatkala memandang wajahnya yang berubah garang. Merah padam mukanya. Mungkin menahan marah atau mugkin juga kesan terkejut seperti aku. Tangannya masih tidak lepas daripada memegang lenganku. Terasa kejap pegangannya.

Kalau kena langgar tadi macam mana? Ni nasib baik saya ada. Kalau tak?” dengan muka yang menahan geram, dia melepaskan pegangannya dan melangkah laju meninggalkan aku.

Aku terkedek-kedek cuba mengejar langkahnya yang panjang.

Saya minta maaf. Tak perasan pun kereta tadi...” setelah berjaya menyaingi langkahnya aku terus memohon maaf. Pelik juga, apasal pula aku kena minta maaf pada dia?

Alah takpa la...Sekali sekala. Lagipun dia dah tolong aku tadi.

Errr thanks ye Encik Iqbal” dia terus melangkah laju dan masih lagi enggan memandang aku.

Kecut perut pula bila dalam keadaan begini. Tapi kenapa pula aku nak takut? Aku sendiri pun kurang mengerti dengan perasaan hati ini.

Dia berhenti berjalan dan memandang ke arahku. Serentak itu juga aku berhenti berjalan. Rasa cuak untuk memandangnya tapi aku beranikan juga diri.

Sebaik sahaja mata kami bertentangan, dia menundukkan wajahnya dan berbisik perlahan tapi keras ke telingaku.

Start daripada hari ni, pagi dan petang, kita jalan sama-sama, dari stesen ke office dan dari office ke stesen!

Baru sahaja aku membuka mulut untuk menjawab dia terus meletakkan jari telunjuknya ke bibirku dan dengan nada tegas dia seolah memberi amaran kepadaku... 

and I don't take no for an answer!

Dia berlalu pergi dan aku terkesima...

***************************************************************************
Salam... masih lagi dalam mood hari raya...hehehe...masih struggle dalam mencari masa untuk menulis. In shaa Allah minta dipermudahkan segala urusan...

Segala pandangan, komen dan rujukan saya ambil kira untuk terus improvekan my writing. In shaa Allah dgn sokongan anda yg sudi membaca dan memberi pandangan, saya mungkin boleh menulis dengan lebih baik lagi. Amin....

So harapnya Bab 5 ni dpt memberikan sedikit kepuasan di hati anda yg membaca dan spt selalu segala pandangan anda amat saya hargai....

Tuesday, August 13, 2013

Diam-Diam Cinta - Bab 4

Boleh la mak, abah...” susahnya hendak memujuk mereka.

Sejak semalam aku berusaha memujuk mak dan abah agar mengizinkan aku pergi bercuti di Pulau Pangkor. Bukannya selalu aku mendapat peluang bercuti panjang. Bilik di Pangkor Island Beach Resort pun sudah aku tempah. Rugi nanti kalau tidak jadi pergi. Mahal tu!

Najla, mak dengan abah ni risau tau tak? Anak dara pergi berjalan sorang-sorang. Buatnya ada apa-apa hal berlaku, macam mana?” emak memberikan aku khutbah Isnin secara percuma.

Kenapa kamu tak ajak kawan teman?” Alamak! Bila abah sudah bersuara, perut jadi kecut dan harapan terasa tipis. Tapi usahakan tangga kejayaan. Pantang mengalah sebelum kalah. Hehehehe....

 Bukan Najla tak nak ajak kawan bah, tapi diorang tu semua sibuk, tak dapat cuti. Lagipun, Najla pergi Pangkor je... boleh la...” 

Salah aku juga, menempah hotel sebelum meminta kebenaran daripada emak dan abah. Masak la macam ni. Kena juga pujuk mereka untuk izinkan aku pergi.

Aku tahu mak dan abah risau anak perempuan tunggal mereka ni berjalan sendirian. Tapi in shaa Allah, aku yakin Allah akan sentiasa melindungi hambaNya dan sebelum ini pun aku pernah ke sana dengan kawan-kawan. Jadi sudah agak biasa juga dengan tempat tu. 

Naj janji Naj akan jaga diri... Naj akan call mak ngan abah setiap hari...Boleh la....” aku berjanji kepada mak dan abah. Dengan harapan janjiku ini dapat melembutkan hati kedua orang tuaku.
Abah menunjukkan riak wajah yang tidak berpuas hati, emak hanya menjuihkan bibirnya. Habis la, abah dan emak tidak termakan janji aku.

Aku sudah terbayang cuti panjangku yang akan dihabiskan di rumah sahaja dan akan dipenuhi aktiviti makan dan tidur. Nasib tak baik, mungkin terpaksa masuk kelas memasak tidak formal anjuran emak. Boringnya!

Aku melepaskan keluhan yang panjang. Takde rezeki la nak ke sana. Aku capai kunci kereta dan beg tanganku. Bersiap untuk ke tempat kerja. Aku pandang emak dan abah sekilas. Merajuk la konon. 

“Tak minum dulu Najla? Penat emak kamu masak sarapan. Kamu tak sentuh pun!”

Alah...kalau abah dah bertanya jawabnya kena la minum dulu. Kalau tak mahu di tempik di pagi yang hening ni. Abah agak garang, tapi itu dulu. Semasa aku masih belajar. Tetapi semenjak dua menjak ni, kegarangan abah dah berkurangan. Mungkin faktor usia kot.

Hurmm...” abah berdehem sambil menghela nafas yang panjang. “Kamu tu Najla, kalau dilarang macam mana pun, kalau kamu nak pergi, kamu pergi jugakkan? Jagalah diri tu elok-elok. Make sure everyday kamu call mak atau abah.

Aku menguntum senyum lebar. Yes! Abah dah izinkan. Emak hanya tersenyum.

Ok! Naj janji akan jaga diri Naj elok-elok and akan call emak abah everyday... love you lah! Muah...” 

Aku cium pipi emak dan abah.Happy sangat dapat pergi. Tak sabar dah ni. Sabtu ni, akan sampailah aku ke sana. Cepat-cepat aku habiskan mee goreng dipinggan. Takut lama-lama di meja ni, emak dan abah berubah fikiran pula. Lagipun aku harus keluar sekarang kalau tidak mahu terlambat sampai ke pejabat.


Mungkin sebab hari ini hari Isnin, tren agak sesak daripada biasa. Mungkin masing-masing menghidap penyakit Monday blues sama seperti aku dan pergerakan untuk bersiap ke pejabat menjadi lebih lambat daripada biasa.

Seperti biasa, kalau aku terpaksa berdiri, aku akan berdiri di tepi pintu. Senang untuk aku keluar nanti dan membolehkan aku bersandar di dinding tren sambil melayan mataku yang sememangnya akan memberat sebaik sahaja berada di dalam tren.

Sedang aku asik memandang ke luar, tiba-tiba terasa seperti lelaki di sebelah menghimpit tubuhku.
Aku cuba berbaik sangka yang lelaki ini tidak sengaja dan keadaan tren yang agak sesak memaksa dia menghimpitku. Aku cuba menjarakkan kedudukan kami dengan merapatkan tubuhku ke dinding tren.

Semakin aku rapat ke dinding aku terasa semakin galak pula dia menggeselkan badannya ke tubuhku, aku sudah rasa lain macam. Apa hal pula mamat ni? Ya Allah, tolong la hambamu ini Ya Allah. 

Tidak sampai dua minit, tiba-tiba sepasang tangan melekap ke dinding tren di kiri dan kananku. Dan lelaki itu seperti menjarakkan badannya. Walaupun badan kami tidak bersentuhan, tetapi aku masih lagi berasa tidak selesa. Dalam keadaan begini lebih mudah untuk dia mengambil kesempatan ke atasku. 

Lelaki ini harus di ajar! Aku bersiap sedia untuk mengajar lelaki gatal itu. 

Satu...dua...tiga!

Aku berpaling dan mendongak untuk melihat wajahnya. Pandangan mata kami bertaut. Dunia terasa hanya milik kami berdua. Jantung berdegup kencang, hati berdebar dan terasa wajahku sudah membahang menahan rasa. Satu rasa yang aneh yang menerpa di dalam hatiku.Terasa seperti mataku sudah dipaku oleh pandangan matanya yang tajam. Dia menundukkan kepalanya sedikit dan mendekatkan wajahnya ke sisiku.

 Lain kali cuba pertahankan diri...jangan diam membisu...” Iqbal berbisik perlahan di telingaku. Aku hanya mampu menganggukkan kepala perlahan-lahan kerana lidahku kelu untuk berkata-kata. Sungguh aku terkejut kerana tidak menyangka Iqbal cuba melindungi aku daripada lelaki gatal tadi.

Ehh... tapi siapa pula yang cuba membuat onar tadi ek? Aku memandang sekelilingku. Ternampak olehku seorang lelaki warga asing yang terkulat-kulat memandang kami. Mungkin dia la lelaki miang yang cuba menggatal tadi. 

Hish...ikutkan hati memang nak je aku bagi penampar sedas dua. Nasib baik ada penyelamat datang. Kalau tidak, harus la si gatal itu kena sepakan jurus ke lima daripada aku. 

Aku kembali memandang ke luar tren. Tidak sanggup rasanya hendak bertentang mata dan berlawan pandang dengan penyelamatku walaupun hatiku bagai digaru-garu untuk memandang si dia. Control la skit kan. Mana boleh tunjuk sangat yang kita suka pada dia kan. Harus la menjadi wanita melayu terakhir di depan pujaan hati. Huhuhuhu....

Sepanjang perjalanan sepasang tangannya tetap setia melekap di dinding tren. Seolah-olah melindungi aku daripada gangguan orang lain. Perasaan selamat menjelma di dalam diri dan aku terasa sangat dekat dengannya. Perasaan dan rasa yang aneh itu kembali menerpa. Rasa yang aku sendiri sukar untuk mentafsirkannya.

 “Next station, Ampang Park” 

Lega, sampai juga akhirnya. Sepasang tangannya tidak lagi di sisiku. Mungkin dia juga bersiap sedia untuk keluar daripada tren. Aku seboleh mungkin cuba untuk tidak memandang wajahnya. Sebaik sahaja pintu tren terbuka, aku terus melangkah keluar. 

Najla...tunggu...” Lengan bajuku terasa ditarik.

http://mediamalaya.com/tag/heliza-helmi/

Aku berpaling dan secara automatik mata memandang ke bawah. Ke arah kakiku. Manalah tahu kalau aku tersilap memakai kasut lagi.Setelah berpuas hati dan segalanya nampak ok dan sempurna, barulah aku berani bersuara.

Err... kenapa Encik Iqbal?

Dia tersenyum sambil melepaskan lengan bajuku. Alahai... kenapalah senyuman dia mengancam sangat ni?

Alahai... kenapalah senyuman dia mengancam sangat ni?
Kasut awak ok....” Eh...Dia boleh dengar suara hati aku ke? Amboi...sangat sehati sejiwa gitu. Hahahaha.... Tapi jangan la excited sangat Najla. Tapi apa motif dia panggil aku?

Dah tu kenapa Encik Iqbal?

Jom! Jalan sama-sama..." dia mengenyitkan matanya dan terus membuka langkah. Eh... tiba-tiba je mamat ni. Pelik! Segan la pula nak berjalan bergandingan dengan dia. Tapi inikan peluang yang mungkin sekali seumur hidup. Hurmmm...takkan nak lepaskan begitu sahaja. Aishhh...dalam dilema nih.

Dia berpaling dan menunggu aku untuk memulakan langkahku. Cepat-cepat aku melangkah menghampirinya. Tak sanggup berjalan perlahan dan menjadi tontonan matanya. Terasa serba tak kena langkahku apabila dia memandang aku tanpa berkelip. 

Kami sama-sama melangkah keluar dari stesen. Masing-masing diam melayan perasaan sendiri. Aku jadi kekok.

Awak dah breakfast?” Iqbal tiba-tiba berpaling dan bertanya.

Belum... errr... Encik Iqbal?” aku hanya memandang dia sekilas. 

Belum.” 

Senyap.

****************************************************************************
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua yang membaca... keep on reading and as usual ur comment and feedback is much appreciated...

Slightly delayed in publishing new chapter due to Ramadhan, Syawal and also sons yang kene demam campak... hehehehe... btw hope u guys enjoy reading this chapter and keep on supporting me ya... thanks a lot....

Friday, July 26, 2013

Diam-Diam Cinta - Bab 3

Bab 3

Yeay! Hari ini hari Jumaat. Best sangat. Aku sudah merancang untuk bercuti selama seminggu. Tapi, itu pun kalau Encik Iqbal luluskan permohonan cuti aku. Ya Allah, Engkau permudahkan la segala urusanku. Engkau lembutkan la hati insan yang berhadapan denganku dan juga insan yang aku berhadapan dengannya. Amin.

Selesai membaca doa, aku terus menghantar borang cuti kepada Kak Salmah, setiausaha Encik Iqbal. “Kak, ni borang cuti saya ye… saya nak cuti start Rabu minggu depan…” ujarku sambil meletakkan borang ke dalam tray di atas meja kak Salmah.

Berapa lama Naj nak cuti? ” Tanya kak Salmah.

Seminggu je kak...itupun kalau bos approve la…

“Amboi lamanya...nak gi holiday ke? Ke ada orang nak masuk meminang?” soal kak Salmah sambil mengangkat keningnya. Nak mengusik aku lah tu.

Ewah-ewah...kak Salmah, kemain lagi…takde maknanya. Saya nak pergi Pulau Pangkor la kak… saja nak rehatkan minda… hehehehe” sudah terbayang di mataku keindahan dan kedamaian Pulau Pangkor.

Ha yelah… nanti lepas Encik Iqbal sign akak inform kau ye…”

Ok...kak, thanks” sempat lagi aku mencubit pipi kak Salmah yang tembam tu.

Ehhh... Naj... nak gossip jap...” tiba-tiba kak Salmah menahan aku.

Huish... gossip apa pula kak?” aku terus merapatkan tubuhku ke meja kak Salmah. Senang sikit nak bergossip. Dah namanya pun gossip, takkan nak bagi satu dunia dengar kot.

Kau ingat tak last week? Tan Sri jumpa Encik Iqbal kan? ” aku mengangguk sahaja tanda masih ingat.

Encik Iqbal kena transfer ke Kuala Terengganu la Naj...” berita yang aku dengar daripada mulut kak Salmah seumpama petir yang tiba-tiba berdentum dan mengejutkan aku.

 “Dia naik pangkat. Jadi GM kat salah sebuah anak syarikat kita kat sana...”kak Salmah meneruskan bicaranya. Kak Salmah memandang aku. Mungkin hairan melihat aku yang diam tanpa suara.

Ohhh...yeke... oklah tu kak...murah rezeki dia..” terasa lemah bicaraku. Badan juga terasa lemah dan longlai semasa melangkah ke mejaku.

Aku pandang skrin monitorku. Kosong. Dia kena transfer? Tapi kenapa dia? Habis aku macam mana? Ala, Najla macam la kau dengan dia ada apa-apa. Kau tu entah-entah bertepuk sebelah tangan saja. Iqbal tu tak tau pun perasaan kau tu. Kalau dia tahu pun, belum tentu dia tepuk tangan kau balik.

Uwaaaa... sedihnya. Rasanya macam kurang semangat aku nak datang kerja lepas ni. Ehh... tapi bila agaknya dia nak pindah? Aishhh... kenapala aku tak tanya kak Salmah tadi. Jangan la minggu depan. Kalau minggu depan, alamat kempunan la aku nak tengok dan simpan wajah dia dalam lubuk hati aku yang paling dalam ni.

Macam mana ni? Hendak bertanya pada kak Salmah, segan pula terasa. Nanti apa pula kata kak Salmah. Biarkan saja la. Esok lusa aku tahu juga. Mesti ada pengumuman nanti. Selalu kalau ada kakitangan syarikat ini yang pindah atau berhenti, akan ada notis pemberitahuan melalu email kepada semua kakitangan di sini. Tapi, macam dah terlambat jer kalau hendak tunggu notis tu. Uhuhuhu...serba tak kena aku dibuatnya. Inilah padahnya kalau bercinta dalam diam. Resah gelisah tanggung sendiri.

Assalamualaikum!!!” tiba-tiba pula suara minah ni membingitkan gegendang telinga aku. Nasib baik la kau bagi salam Arina.

Waalaikumussalam... Kenapa? Ada apa-apa yang perlu saya bantu ke Cik Arina?

Kau ni kenapa Naj? Yang kau renung skrin monitor tu sampai macam nak tembus tu kenapa?

Takde pape la... Kau ni, aku nak berangan sikit pun tak boleh... kacau la” aku pura-pura menarik muka masam. Biar minah ni takut sikit.

Takde maknanya... Tu boring la tu... tula.. ada degree IT takmo pakai... sibuk nak jadi Kerani...konon kerja jadi kerani senang... buat benda sama je... hah sekarang amik kau...

Weh... kau ni dah kenapa? Suka hati aku la...kerja aku...dah jangan nak bising-bising kat sini... kalau takde hal, sila beredar sekarang. Aku nak buat kerja...” aku terus saja pura-pura menyibukkan diri.

Ha.. yelah...nanti lunch jangan lupa ajak aku tau...” tutur Arina sebelum kembali ke mejanya.

Ya, memang aku ada Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Tapi aku memang tidak berminat hendak bekerja dalam bidang Teknologi Maklumat mahupun bidang yang sama waktu dengannya. Aku ambil IT dulu pun sebab ikut kawan. Masa tu, tak tahu hendak ambil bidang apa. Tanya pada abah aku, dia suruh ambil bidang Pendidikan, jadi cikgu katanya. Tapi aku tak minat nak jadi cikgu. Sebab aku rasa tahap kesabaran aku sangat kurang. Hehehehe...besar tanggungjawab seorang guru ni. Takut tak tergalas bahu aku nanti.

Disebabkan kurang minat, lepas saja tamat belajar di UUM, aku terus memohon perkerjaan sebagai kerani di sini. Aku guna sijil SPM aku. Alhamdulillah, aku dapat. Ramai yang bertanya termasuk emak dan abah, kenapa pilih kerani? Entah, aku pun tak tahu. Mungkin dah rezeki aku kot. Hehehehe...syukur juga sebab mak dan abah tidak membantah pilihan aku. Mungkin sebab mereka fikir daripada aku duduk goyang kaki kat rumah, baik aku berkerja. Janji pekerjaan aku tu halal.

Tidak dinafikan yang aku suka dan bahagia dengan pekerjaan aku sekarang. Gaji pun alhamdulillah, cukup untuk aku dan dapat juga aku bagi pada mak dan abah setiap bulan. Biarpun tidak banyak tetapi pemberian yang ikhlas itu lebih penting kan. Emak dan abah aku pun, tidak lah mengharap sangat duit daripada aku. Tetapi sebagai seorang anak, kalau bukan kepada ibu dan bapa, pada siapa lagi kita hendak berbakti? Mereka sudah bersusah payah membesarkan kita sehingga menjadi apa yang kita jadi sekarang. Tidak terbalas rasanya jasa emak dan abah walaupun aku bagi segunung intan permata.

Nanti kalau sudah berumahtangga, tanggungjawab suami yang mencari nafkah untuk keluarga kan? Isteri hanya membantu kalau tidak cukup. So, aku tak perlu risau. In shaa Allah, pintu rezeki Allah sentiasa terbuka untuk umatnya yang sentiasa berusaha.

Jadi Najla, marilah kita berusaha. Lupakan kisah duka yang baru sahaja kau dengar tadi. Ada jodoh kau dengan dia, maka akan dipertemukan semula kau dan dia walau ke mana saja kamu pergi. Seperti lirik lagu Muara Hati “Demi cinta dalam hatimu...Ku yakin engkau untukku...Meski jejak pisahkan kita...Cinta kan bawa kembali padamu...Hehehehe...jiwang karat la kau ni Najla Nasuha binti Ahmad Omar.

Tepat pukul satu, aku dan Arina turun ke kafe yang terletak di tingkat satu bangunan pejabat kami. Kafe ini la yang selalu menjadi tempat makan kami. Ialah tak perlu susah-susah bawa kereta atau berjalan jauh untuk makan. Di kafe ini bermacam jenis pilihan makanan ada.

Sampai di depan pintu kafe, kami terserempak dengan Iqbal dan Ghazi. Aduh... kenapa pula boleh terserempak dengan pujaan hati ni. Tak boleh la aku nak makan dengan senang hati. Sudah tentu mata ni tidak boleh ditahan, asyik nak memandang wajah kesayangan jela. Macam ada magnet si Iqbal ni. Mata dan hati jadi melekat kuat padanya.

Bila terpandangkan kami, Iqbal hanya mengganggukkan kepalanya. Laa.. tu je? Senyum la sikit. Mahal sangat agaknya senyumannya. “Nak makan ke?” Ghazi bertanya sambil menolak pintu kafe dan memberi ruang kepada kami untuk masuk terlebih dahulu.

Yelah... nak makan takkan nak basuh kain pulak...” Arina menjawab sambil mencebik pada Ghazi. Arina ni, memang tidak boleh bertentang mata dengan si Ghazi ni. Ada saja la yang tak kena. Orang tua-tua cakap jangan benci-benci. Nanti lama-lama benci jadi cinta. Hehehehe... betul ke ek?

Ghazi hanya tersenyum memandang Arina dan mereka terus bergerak ke meja paling hujung di kafe ni. Aku dan Arina, terus pergi memilih lauk. Tempat kemudian boleh cari. Lauk kalau habis, alamat kempunan la nanti.

Selesai membayar harga makanan, kami cepat-cepat bergerak mencari tempat duduk yang sangat strategik. Sambil makan, sambil mencuci mata. Hehehe...barulah double kenyang.

Arina, jom kita duduk kat hujung sana nak?” aku bertanya sambil memuncungkan mulutku yang tidak berapa seksi ni.

Hujung sana? Satu meja ngan Encik Iqbal dan Ghazi ngok ngek tu ke? Takmo la aku” Arina menggeleng laju.

Haish... takkan la satu meja ngan diorang. Harus la tak makan kita kang... Meja depan diorang tu la... kan kosong tu...dah jom!” aku terus menarik tangan Arina ke meja yang berhadapan dengan tempat Iqbal dan Ghazi.

Entah kuasa magnet mana yang menarik perhatian aku untuk memandang ke arah Iqbal dan pada ketika itu juga Iqbal sedang memerhatikan aku dengan pandangan tajam. 

Aduh...berdebar rasa hati....
Serta-merta aku terasa darah menyerbu ke mukaku, jantung aku berdegup kencang. Gila punya kencang dan hati aku sangat berdebar. Kaki yang melangkah terasa lembik dan tanpa aku sedar aku menarik Arina ke meja di sebelah kanan kedai. Jauh daripada tempat Iqbal dan juga meja yang aku ingin tuju tadi.

Ehh... kau ni kenapa? Tadi kata nak duduk kat situ

Ermm...ermm... takpela...kita duduk kat sini jela... best sikit...” aku cuba menenangkan hati yang sedang bergetar hebat ni. Tidak berani hendak memandang ke arah Iqbal. Walaupun panahan matanya masih terasa. Fuh! Hebat sungguh kuasa mata. Betullah orang tua-tua cakap, dari mata turun ke hati. Ya Allah, Engkau tenanglah hatiku ini, supaya aku boleh menikmati rezeki yang Engkau berikan ini dengan sebaiknya.

Doa makan...sila baca sebelum makan ye.
Usai membaca doa makan, aku terus menyuap nasi dan terus melayan celoteh Arina yang aku sendiri tak faham hujung pangkalnya. Dalam diam aku masih lagi cuba mentafsir maksud pandangan Iqbal tadi. Tapi, betulkah dia pandang aku? Atau aku yang perasan?

Hurmmm...mari kita pastikan. Perlahan-lahan aku memberanikan diri untuk memandang Iqbal. MasyaAllah... renjatan elektrik sekali lagi berlaku pada aku. Dia masih lagi merenung aku. 

OMG.. OMG...belakang aku ni dinding, takkan la dia tenung dinding ni kot. Aku cuba membalas renungan Iqbal dan tiba-tiba dia tersenyum sambil menggelengkan kepalanya perlahan-lahan. Apa pula kali ni?


Dia tersenyum...
Iqbal bangun dan berjalan menuju ke arah kami. Semakin tak karuan rasanya hati aku. Kenapa pula dia datang sini? Nak ajak aku dating ke? Harus la mau. Hehehehe....

Errr... Arina, Encik Iqbal datang sini la...

Hurmmm... ha ah la...kenapa ek? Kau ajak dia dok sini ke Naj?” Arina bertanya dengan muka kehairanan. Kalau dia hairan aku lagilah.

Bila masa...

Najla...

Belum sempat aku meneruskan bicara, Iqbal memanggil namaku. Cepat-cepat aku ambil tisu dan mengesat mulutku sebelum berpaling memandang dia. Harus lah make sure tiada sebarang kesan comot di muka. Kalau tidak, jatuh lah saham aku.

Err... ye, kenapa Encik Iqbal?” dengan penuh ayu aku rmendongak dan melontar pertanyaan kepadanya.

Awak tak perasan ke?” Iqbal bertanya sambil tersenyum. Ahhh... mahu cair aku kat sini nanti. Jenuh la si Arina nak kaut bawa aku balik pejabat nanti. Ehh...sekejap, dia tanya apa tadi ek? Ohh.. aku perasan ke tidak. Of course la aku perasan.Perasan yang dia merenung aku.

Perasan apa Encik Iqbal?” Tiba-tiba Arina mencelah dan bertanya bagi pihak aku. Ceh! Potong betul la si Arina ni.

Ha ah... Perasan apa?” aku mengulang pertanyaan Arina sambil mengerutkan dahiku. Konon sebagai tanda yang aku tak faham akan pertanyaannya itu. 

Sambil menuding ke arah kakiku “tu... kasut awak tu...

Kenapa dengan kasut aku? Nak pinjam ke? Merepek la kalau dia nak pinjam. Takkan terlibat dengan aktiviti malam yang kurang sihat kot. Hahahaha... apa saja la yang kau merepek ni Najla.

Kenapa dengan kasut saya?” sambil bertanya aku memeriksa kasut ku.

OMG!

Sebelah selipar sebelah kasut. Malunya. Tak logik sungguh. Kenapa aku tak perasan ni? Arina pun takkan tak perasan? Ke minah ni saja nak kenakan aku ni?

Arina aku lihat dah tersengih-sengih macam kerang busuk. Siot betul la minah ni.

Wei! Nape kau tak bagitahu aku tadi? Kau saje kan?

Ehh... mana ada... aku pun tak perasan la Naj... serious memang aku tak perasan...” Arina bersungguh-sungguh pula aku nampak. Memang dia tak perasan agaknya. Tak boleh jadi ni. Kena cover depan Iqbal ni.

Err... memang saya tak perasan pun... tapi cool jugak kan Encik Iqbal? Orang lain tak buat, saya buat... hahahahaha” belasah la Najla.

Whatever lah...” balas Iqbal dengan airmuka seperti ‘ada aku kisah?’ dan terus kembali ke mejanya semula. Eleh, macam la mak kisah. Mak pun tak kisah la noks.


Whatever la!
Arina, kau jangan memandai nak cerita kat sesape pulak ye... kalau berita ni tersebar, siap kau!” Arina harus di beri amaran. Kalau tidak, confirm cerita ni akan tersebar sebaik saja kami sampai di pejabat.

Arina hanya mengangguk sambil mengulum senyum jahatnya. Hurmm.. memang lepas ni jadi berita terkini hiburan sensasi la ni. Malas mahu memanjangkan cerita, aku meneruskan saja suapanku tanpa menghiraukan kakiku yang beralaskan selipar dan kasut.

Alhamdulillah, kenyang perut. Tapi macam biasa, bila perut kenyang, mata pun mula la layu je. Asyik menguap aku ni. Rehat sekejap, bagi makanan dalam perut ni hadam, lepas tu baru pergi solat. Sambil-sambil tu, boleh la aku layan Facebook sekejap. Tengok berita terkini kawan-kawan tercinta termasuk la si dia yang dicintai. Euwww...goli tokak den. Amboi! makin ramai kawan-kawan aku yang dah rancang hendak kahwin hujung tahun ni. Sue, Zarina, Shuhada...aikkk Mun pun sama. Untung la korang, jodoh sudah sampai. Aku seorang saja yang tak tahu bila. Ada calon, dah nak pergi jauh di mata pula.

Naj... niha form cuti kau. Encik Iqbal dah approved...” tiba-tiba je kak Salmah muncul bersama borang  cuti aku.

Kak Salmah ni... cuba la bagi salam ke...main redah je...terkejut saya tau...” aku pura-pura mengurut dada yang tak sakit pun. Sekali sekala berdrama dengan kak Salmah.

Eleh..kau ni...over tau...tah apa yang kau buat...akak datang pun kau tak perasan...

Hish...saya mana ada buat apa-apa kak Salmah... kan ke kerja saya goyang kaki je...hehehehe... anyway thanks ye kak...”

Ha..yelah...dengar dek encik bos tu karang...baru kau tau.. dah la akak nak balik meja... nanti bos hensem tu tercari-cari pula..hehehe

Eh... jap Kak... ermmm...bila Encik Iqbal nak kene transfer ke Terengganu tu?

Surat rasmi belum dapat lagi. Tapi dengarnya hujung bulan depan. Kenapa? Risau nampak? ” muka kak Salmah dah macam Odah nak mencari berita sensasi aku nampak. Sebelum berlarutan baik aku cut terus.

Huish... risau wat pe? Saje la nak jadi kepochi sekejap... hari tu lupa nak tanya. Jangan nak fikir bukan-bukan ye kak...

Eleh...yela tuh...” dengan muka separa tak percaya kak Salmah terus menuju ke meja kerjanya semula. Dan aku, terselamat untuk kali ini. Alhamdulillah.Lama lagi dia nak pindah. Hujung bulan depan. Sempat lagi aku nak tengok muka dia puas-puas.


Yes! Cuti aku pun dah lulus. Pangkor here I come! Boleh la aku beritahu mak dan abah ni. Kalau beritahu awal-awal, mesti mak dan abah tak bagi aku pergi bercuti ke Pangkor sendirian. Sudah masak sangat dengan perangai mak dan abah. Mereka memang susah nak izinkan anak dara mereka ni kemana-mana kalau tiada peneman. 

Masalahnya pula, anak dara mereka ni sangat rimas kalau bercuti beramai-ramai. Tiada ketenangan. Alah, pandai-pandai la aku pujuk nanti. Aku yakin mesti mak dan abah bagi. Doa lebih sikit selepas solat nanti. In shaa Allah, dipermudahkan urusan aku. Hehehehe.. tak sabar nya....

********************************************************************************
Salam...Thanks kepada yang sudi membaca... seperti biasa, semoga korang semua dapat membantu saya memperbaiki penulisan saya melalui komen anda.... :)