Tuesday, August 13, 2013

Diam-Diam Cinta - Bab 4

Boleh la mak, abah...” susahnya hendak memujuk mereka.

Sejak semalam aku berusaha memujuk mak dan abah agar mengizinkan aku pergi bercuti di Pulau Pangkor. Bukannya selalu aku mendapat peluang bercuti panjang. Bilik di Pangkor Island Beach Resort pun sudah aku tempah. Rugi nanti kalau tidak jadi pergi. Mahal tu!

Najla, mak dengan abah ni risau tau tak? Anak dara pergi berjalan sorang-sorang. Buatnya ada apa-apa hal berlaku, macam mana?” emak memberikan aku khutbah Isnin secara percuma.

Kenapa kamu tak ajak kawan teman?” Alamak! Bila abah sudah bersuara, perut jadi kecut dan harapan terasa tipis. Tapi usahakan tangga kejayaan. Pantang mengalah sebelum kalah. Hehehehe....

 Bukan Najla tak nak ajak kawan bah, tapi diorang tu semua sibuk, tak dapat cuti. Lagipun, Najla pergi Pangkor je... boleh la...” 

Salah aku juga, menempah hotel sebelum meminta kebenaran daripada emak dan abah. Masak la macam ni. Kena juga pujuk mereka untuk izinkan aku pergi.

Aku tahu mak dan abah risau anak perempuan tunggal mereka ni berjalan sendirian. Tapi in shaa Allah, aku yakin Allah akan sentiasa melindungi hambaNya dan sebelum ini pun aku pernah ke sana dengan kawan-kawan. Jadi sudah agak biasa juga dengan tempat tu. 

Naj janji Naj akan jaga diri... Naj akan call mak ngan abah setiap hari...Boleh la....” aku berjanji kepada mak dan abah. Dengan harapan janjiku ini dapat melembutkan hati kedua orang tuaku.
Abah menunjukkan riak wajah yang tidak berpuas hati, emak hanya menjuihkan bibirnya. Habis la, abah dan emak tidak termakan janji aku.

Aku sudah terbayang cuti panjangku yang akan dihabiskan di rumah sahaja dan akan dipenuhi aktiviti makan dan tidur. Nasib tak baik, mungkin terpaksa masuk kelas memasak tidak formal anjuran emak. Boringnya!

Aku melepaskan keluhan yang panjang. Takde rezeki la nak ke sana. Aku capai kunci kereta dan beg tanganku. Bersiap untuk ke tempat kerja. Aku pandang emak dan abah sekilas. Merajuk la konon. 

“Tak minum dulu Najla? Penat emak kamu masak sarapan. Kamu tak sentuh pun!”

Alah...kalau abah dah bertanya jawabnya kena la minum dulu. Kalau tak mahu di tempik di pagi yang hening ni. Abah agak garang, tapi itu dulu. Semasa aku masih belajar. Tetapi semenjak dua menjak ni, kegarangan abah dah berkurangan. Mungkin faktor usia kot.

Hurmm...” abah berdehem sambil menghela nafas yang panjang. “Kamu tu Najla, kalau dilarang macam mana pun, kalau kamu nak pergi, kamu pergi jugakkan? Jagalah diri tu elok-elok. Make sure everyday kamu call mak atau abah.

Aku menguntum senyum lebar. Yes! Abah dah izinkan. Emak hanya tersenyum.

Ok! Naj janji akan jaga diri Naj elok-elok and akan call emak abah everyday... love you lah! Muah...” 

Aku cium pipi emak dan abah.Happy sangat dapat pergi. Tak sabar dah ni. Sabtu ni, akan sampailah aku ke sana. Cepat-cepat aku habiskan mee goreng dipinggan. Takut lama-lama di meja ni, emak dan abah berubah fikiran pula. Lagipun aku harus keluar sekarang kalau tidak mahu terlambat sampai ke pejabat.


Mungkin sebab hari ini hari Isnin, tren agak sesak daripada biasa. Mungkin masing-masing menghidap penyakit Monday blues sama seperti aku dan pergerakan untuk bersiap ke pejabat menjadi lebih lambat daripada biasa.

Seperti biasa, kalau aku terpaksa berdiri, aku akan berdiri di tepi pintu. Senang untuk aku keluar nanti dan membolehkan aku bersandar di dinding tren sambil melayan mataku yang sememangnya akan memberat sebaik sahaja berada di dalam tren.

Sedang aku asik memandang ke luar, tiba-tiba terasa seperti lelaki di sebelah menghimpit tubuhku.
Aku cuba berbaik sangka yang lelaki ini tidak sengaja dan keadaan tren yang agak sesak memaksa dia menghimpitku. Aku cuba menjarakkan kedudukan kami dengan merapatkan tubuhku ke dinding tren.

Semakin aku rapat ke dinding aku terasa semakin galak pula dia menggeselkan badannya ke tubuhku, aku sudah rasa lain macam. Apa hal pula mamat ni? Ya Allah, tolong la hambamu ini Ya Allah. 

Tidak sampai dua minit, tiba-tiba sepasang tangan melekap ke dinding tren di kiri dan kananku. Dan lelaki itu seperti menjarakkan badannya. Walaupun badan kami tidak bersentuhan, tetapi aku masih lagi berasa tidak selesa. Dalam keadaan begini lebih mudah untuk dia mengambil kesempatan ke atasku. 

Lelaki ini harus di ajar! Aku bersiap sedia untuk mengajar lelaki gatal itu. 

Satu...dua...tiga!

Aku berpaling dan mendongak untuk melihat wajahnya. Pandangan mata kami bertaut. Dunia terasa hanya milik kami berdua. Jantung berdegup kencang, hati berdebar dan terasa wajahku sudah membahang menahan rasa. Satu rasa yang aneh yang menerpa di dalam hatiku.Terasa seperti mataku sudah dipaku oleh pandangan matanya yang tajam. Dia menundukkan kepalanya sedikit dan mendekatkan wajahnya ke sisiku.

 Lain kali cuba pertahankan diri...jangan diam membisu...” Iqbal berbisik perlahan di telingaku. Aku hanya mampu menganggukkan kepala perlahan-lahan kerana lidahku kelu untuk berkata-kata. Sungguh aku terkejut kerana tidak menyangka Iqbal cuba melindungi aku daripada lelaki gatal tadi.

Ehh... tapi siapa pula yang cuba membuat onar tadi ek? Aku memandang sekelilingku. Ternampak olehku seorang lelaki warga asing yang terkulat-kulat memandang kami. Mungkin dia la lelaki miang yang cuba menggatal tadi. 

Hish...ikutkan hati memang nak je aku bagi penampar sedas dua. Nasib baik ada penyelamat datang. Kalau tidak, harus la si gatal itu kena sepakan jurus ke lima daripada aku. 

Aku kembali memandang ke luar tren. Tidak sanggup rasanya hendak bertentang mata dan berlawan pandang dengan penyelamatku walaupun hatiku bagai digaru-garu untuk memandang si dia. Control la skit kan. Mana boleh tunjuk sangat yang kita suka pada dia kan. Harus la menjadi wanita melayu terakhir di depan pujaan hati. Huhuhuhu....

Sepanjang perjalanan sepasang tangannya tetap setia melekap di dinding tren. Seolah-olah melindungi aku daripada gangguan orang lain. Perasaan selamat menjelma di dalam diri dan aku terasa sangat dekat dengannya. Perasaan dan rasa yang aneh itu kembali menerpa. Rasa yang aku sendiri sukar untuk mentafsirkannya.

 “Next station, Ampang Park” 

Lega, sampai juga akhirnya. Sepasang tangannya tidak lagi di sisiku. Mungkin dia juga bersiap sedia untuk keluar daripada tren. Aku seboleh mungkin cuba untuk tidak memandang wajahnya. Sebaik sahaja pintu tren terbuka, aku terus melangkah keluar. 

Najla...tunggu...” Lengan bajuku terasa ditarik.

http://mediamalaya.com/tag/heliza-helmi/

Aku berpaling dan secara automatik mata memandang ke bawah. Ke arah kakiku. Manalah tahu kalau aku tersilap memakai kasut lagi.Setelah berpuas hati dan segalanya nampak ok dan sempurna, barulah aku berani bersuara.

Err... kenapa Encik Iqbal?

Dia tersenyum sambil melepaskan lengan bajuku. Alahai... kenapalah senyuman dia mengancam sangat ni?

Alahai... kenapalah senyuman dia mengancam sangat ni?
Kasut awak ok....” Eh...Dia boleh dengar suara hati aku ke? Amboi...sangat sehati sejiwa gitu. Hahahaha.... Tapi jangan la excited sangat Najla. Tapi apa motif dia panggil aku?

Dah tu kenapa Encik Iqbal?

Jom! Jalan sama-sama..." dia mengenyitkan matanya dan terus membuka langkah. Eh... tiba-tiba je mamat ni. Pelik! Segan la pula nak berjalan bergandingan dengan dia. Tapi inikan peluang yang mungkin sekali seumur hidup. Hurmmm...takkan nak lepaskan begitu sahaja. Aishhh...dalam dilema nih.

Dia berpaling dan menunggu aku untuk memulakan langkahku. Cepat-cepat aku melangkah menghampirinya. Tak sanggup berjalan perlahan dan menjadi tontonan matanya. Terasa serba tak kena langkahku apabila dia memandang aku tanpa berkelip. 

Kami sama-sama melangkah keluar dari stesen. Masing-masing diam melayan perasaan sendiri. Aku jadi kekok.

Awak dah breakfast?” Iqbal tiba-tiba berpaling dan bertanya.

Belum... errr... Encik Iqbal?” aku hanya memandang dia sekilas. 

Belum.” 

Senyap.

****************************************************************************
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua yang membaca... keep on reading and as usual ur comment and feedback is much appreciated...

Slightly delayed in publishing new chapter due to Ramadhan, Syawal and also sons yang kene demam campak... hehehehe... btw hope u guys enjoy reading this chapter and keep on supporting me ya... thanks a lot....

7 comments:

  1. Tulis la panjang sikit....potong stim ajer..tgh baca best2..tibe2 dah abis... hihihi.... best la kak maz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendek ke? igt dah panjang sgt dah... nanti kalo panjang sgt boring plaks hehehehe...

      tq ek sbb sudi bace...jgn lupa bace next chapter pulak nanti ek...

      Delete
  2. ehm..bleh than.aq pun ad jgk buad novel tajknya PERGILAH SAYANGKU.tp aq x tlis kt blog tlis kt lappy../

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sbb bace... Share la novel tu... Mana tahu kot boleh kita sama-sama improve our writing.. :)

      Delete
  3. yela...x pe nnti aq cba sharekan ^_^

    ReplyDelete