Bab 6
Yeay! Aku sudah berada di Pulau Pangkor. Seronoknya. Nasib baik Jumaat itu merupakan hari terakhir aku bekerja sebelum bercuti panjang. Jadi, arahan Iqbal untuk kami bersama-sama berjalan pergi dan balik secara automatiknya tidak dapat dilaksanakan dengan serta-merta.
Tiada sebarang alasan yang Iqbal beri padaku ketika aku bertanya apa relevannya kami perlu berjalan bersama. Sakit juga hati aku bila mengenangkan sikap acuh tak acuhnya ketika aku menantikan jawapan. Sudahnya aku biarkan saja. Lagipun aku mahu bercuti dengan aman dan tenteram. Perkara remeh temeh macam ini lepas balik dari bercuti la aku fikir.
Seronok rasanya berada di sini. Feeling ala-ala minah saleh yang berjemur di bawah sinaran matahari. Tapi aku minah saleh versi muslimah...hehehehe...Antara sebab mengapa aku memilih untuk menginap di Pangor Island Beach Resort ini ialah, untuk sampai ke sini dari Lumut, hanya 30 minit perjalanan feri dan resort ini juga mempunyai jeti persendirian. Dikelilingi oleh bukit-bukau hutan hujan dara, terletak di sebuah teluk terpencil dan pantai persendirian yang berpasir putih dan menjanjikan privacy kepada tetamu yang menginap di sini.
Biliknya juga luas dan cantik. Sangat mendamaikan di sini. Terutama apabila angin pantai bertiup lembut. Saat-saat begini tiada perkara lain di dalam fikiran ku melainkan....tidur. Hahahaha... teruk la aku ni. Datang jauh-jauh semata mata untuk tidur.
Puteri Dewi SPA salah satu perkhidmatan yang disediakan di sini akan menjadi salah satu tempat yang wajib aku kunjungi dalam percutian aku kali ini. Sekali sekala memanjakan diri bagi melegakan badan dan jiwa supaya balik dari bercuti nanti aku lebih bersemangat untuk bekerja. Ecewah...poyo je aku.
Cuma masalah aku kat sini ialah untuk ke pekan Pangkor. Disebabkan resort ni terletak di hujung pulau, maka agak jauh daripada pekan. Perkhidmatan menyewa motorsikal ada disediakan tapi aku ni nak naik basikal pun tak lepas inikan pula motor.
Nasib baik juga resort ini menyediakan perkhidmatan menyewa van untuk tetamunya ke pekan Pangkor. Aku sudah meninggalkan pesan kepada kakitangan resort sekiranya ada tetamu lain yang turut ingin menyewa van untuk round island trip, aku ingin menumpang sama. Duit sewa van boleh la kami kongsi bersama. Lebih menjimatkan kos.
Sementara menunggu, aku memenuhi masa lapangku dengan berehat di tepi pantai. Belum mahu menyertai sebarang aktiviti pantai yang di sediakan oleh pihak resort. Biarlah, masih banyak masa lagi. Hehehehe... lagipun aku datang ke sini memang untuk beristirehat.
Hembusan angin pantai ini membuatkan mataku semakin layu.
Terasa seperti baru sahaja aku melelapkan mata apabila bahuku di goncang lembut. Malasnya hendak membuka mata.
“Cik...minta maaf menganggu...cik...” terdengar suara lembut mengejutkan aku.
Lambat-lambat aku membuka mata. Seorang gadis muda yang kelihatan serba salah tetapi masih melemparkan senyuman di depan ku. Ohhh...staf resort ni rupanya. Zaina...sempat aku menjeling tag namanya.
“Hmmm...ye...ada apa?” aku bertanya sambil menggosok mataku dan menggeliatkan badan. Perghh... sedapnya menggeliat. Kalaulah emak ada ni, alamat dah kena cubitan maut ni. Tak elok anak dara menggeliat kata mak. Macam orang pemalas. Huhuhuhu.... pedih je telinga aku kalau mendengar sindiran emak.
Sebagai anak tunggal mereka, memang aku akui kadangkala aku memang agak liat untuk membuat kerja rumah. Bak kata emak, kalau tak dipaksa, dileter memang aku tak bergerak la. Hehehe... Emak cakap kalau tak berlatih daripada sekarang, esok bila dah kahwin nampak kekok segala bila buat kerja rumah. Malu dengan emak mertua nanti.
Dan seperti biasa aku akan menjawab, bila nak kahwin nanti aku practice la hari-hari. Supaya tak nampak janggal. Lagipun apa la sangat setakat buat kerja rumah tu. Petik jari je...Hehehe riak ko Najla.
Cuma bab memasak lauk pauk je aku agak lemah. Kalau setakat masak nasi guna rice cooker, goreng ayam dan ikan yang sudah disiang orang lain dan membuat sambal rasanya lepas sudah. Tapi kalau hendak menggulai, masak kari atau rendang memang takla. Huh! Risau pula rasanya. Tapi itu kita fikir kemudian ye. Calon pun takda lagi, maka toksah pikir jauh sangat ke laut.
Ehhh...apa yang Zaina cakap tadi ye? Bila aku lihat Zaina hanya mengerutkan keningnya sambil memandang aku seperti mengharapkan jawapan daripadaku. Aiseh...ni la bahana orang kuat berangan.
“Errr...maaf ye, boleh tak ulang balik apa yang awak cakap tadi...saya masih mamai lagi tadi...” aku menggaru kepala yang tak gatal.
Zaina tersenyum memahami dan memberitahu yang jam dua petang nanti ada satu kumpulan tetamu resort yang menyewa van untuk round island trip. Mereka hanya berempat jadi aku boleh la menumpang kumpulan itu. Pergh...lega rasa hati. Dapat juga aku keluar ke pekan Pangkor. Harapnya mereka tu tak kisah la aku menumpang van yang mereka naiki. Usai mengucapkan terima kasih aku mengerling jam tanganku. Apa?? Dah pukul satu petang? Lama juga aku tidur tadi rupanya.
Cepat-cepat aku mengemaskan barangku dan kembali ke bilik untuk solat zohor dan bersiap. Sudahlah aku menumpang orang, sungguh kurang manis rasanya nak membiarkan mereka menunggu aku.
**************************************************************************
Alhamdulillah...setelah agak lama tak berupdate dapat juga update Bab 6. Hopefully ramai lagi yang sudi membaca sambungan DDC ni... As usual, comment and feedback from you, sangat-sangat dihargai. Thank you in advance pada yang sudi membaca... :)
**************************************************************************
Alhamdulillah...setelah agak lama tak berupdate dapat juga update Bab 6. Hopefully ramai lagi yang sudi membaca sambungan DDC ni... As usual, comment and feedback from you, sangat-sangat dihargai. Thank you in advance pada yang sudi membaca... :)
dah tak macam novel, macam diari gitu... 'ko' mungkin boleh tukar 'kau'~ keep writing kak. mana tahu boleh publish nanti. termotivasi nak tulis juga. Tp nak tahu apa tema cerita ni. memang pasal cinta, tapi...cinta apa?~ kabur sekarang.
ReplyDeletethanx for your comment... ;)
Deletedah tak macam novel ~> yup, me also realize that... agak susah untuk melarikan penceritaan dlm one point view utk tak dibace seperti diari...im trying to improve... huhuhuhuhu...
'ko' mungkin boleh tukar 'kau' ~> thanks...one more mistake yg terjadi bila sudah terbiasa menggunakan 'ko' instead of kau... hehehehe ...will be more careful next time... rasa macam dah proof read...tp ada jugak yg terlepas....
tema cerita ~> me trying untuk menjadikan cerita ni cerita cinta dalam diam... kalau boleh elaborate on the part yg buat awak menjadi kabur much appreciated... maybe boleh membantu saya dalam penulisan seterusnya...
and tq u for your support...me try to finish this story.. fighting with time... hehehehe...now I realize its not easy to be a writer when you are a mommy, wife, daughter and employee yg makan gaji... sgt salute with other writers... hehehehe...
keep on reading, reviewing and commenting ya... tqvm....
bile nak sambung???/
ReplyDeletedah sambung dah kam...huhuhuhu
Delete