Tit..tit..tit...alarm handphone sudah berbunyi. Peristiwa yang berlaku pada Isnin yang lepas masih lagi jelas dalam ingatanku. Tersenyum sendiri aku dibuatnya bila mengenangkan kenangan manis itu. Cuma yang tak berapa best bila dia hanya membisu sehingga kami sampai ke pejabat dan sampai ke hari ini aku tidak lagi terserempak dengan dia di dalam tren.
Sudah-sudahlah berangan Najla! It’s time to go home. Penting bagi aku keluar dari pejabat tepat pukul lima sebab aku malas hendak beratur panjang di stesen nanti. Lagipun, aku tidak mahu berdiri di sepanjang perjalanan dari Ampang Park ke Gombak. Harus la cramp kaki aku nanti.
Semua barang aku sumbat saja ke dalam beg tangan aku yang besar ni. Senang, tidak perlu beria-ia menyusun barang di dalam beg dan sangat menjimatkan jimat masa. Ok, tutup komputer sudah, barang semua ada dalam beg, kasut pun matching dua-dua belah, muka dan tudung pun ok maka marilah kita pulang.
Bilik Iqbal aku lihat masih terang-benderang lagi. Bos memang macam tu. Perlu lebih rajin daripada anak buah. Barulah boleh dikatakan kepimpinan melalui teladan. Hihihi...banyak la kau punya kepimpinan melalui teladan Najla.
“Najla!” Ishh...lagi dua langkah saja nak sampai ke pintu terdengar suara Kak Salmah menjerit memanggil namaku. Alahai, apa yang Kak Salmah nak ni. Tak boleh tunggu minggu depan ke?
“Ya, kenapa kak? Saya dah nak balik ni...nak kejar tren nih...” aku gagahkan juga kaki aku berundur kembali ke meja Kak Salmah.
“Tu ha...Encik Iqbal panggil...” Kak Salmah memuncungkan bibirnya ke arah bilik Iqbal.
Apa hal pula Iqbal hendak jumpa aku petang-petang ni? Buang tebiat ke apa.
“Ala..dia nak apa kak? Dari tadi tak nak panggil...orang dah nak balik baru sibuk-sibuk panggil!”
Baru sahaja hendak mengetuk pintu bilik Iqbal, tiba-tiba pintu biliknya terbuka dan dia menjenguk keluar. Terpandang sahaja wajah aku yang comel ini, terbit senyuman daripada bibir merahnya. Hehehehe...sempat lagi tu...
“Ha...Najla... masuk...” sambil dia bergerak ke meja nya semula.
“Ada apa Encik Iqbal?” tanpa berbasa-basi terus saja aku bertanya sambil memandang Iqbal duduk dengan selamba di mejanya tanpa ada rasa bersalah. Ialah, haruslah rasa bersalah sebab dia menyebabkan aku terlewat balik beberapa minit nih. Lagipun ini kan di luar waktu pejabat. Mana boleh tahan staf balik tanpa alasan yang munasabah. Hurmm...bijak kau Najla! Sangat bijak mencari alasan.
Hampir 2 minit berlalu dan Iqbal hanya merenung aku tanpa suara.
Dah apa kena pula mamat ni? Kalau setakat nak pandang aku, tangguh saja sampai minggu depan. Sekarang ini bukan masa untuk tenung merenung. Akak nak balik occay!
“Encik Iqbal, saya balik dulu kalau takde apa-apa...” Suara Kak Salmah tiba-tiba memecah kesunyian antara kami.
Aku berpaling ke arah pintu bilik Iqbal. Wajah Kak Salmah terjengul di pintu bilik itu. Ala... mana aci ni. Kak Salmah dah nak balik. Aku pun nak balik juga.
Iqbal mengalihkan pandangan matanya dan menganggukkan kepalanya kepada Kak Salmah.
“Thanks Encik Iqbal... bye Najla...” Kak Salmah tersenyum nakal padaku dan terus menutup pintu bilik Iqbal.
Aku mula terasa resah.
Sebaik sahaja pintu bilik ditutup, dia kembali merenung wajahku.Rasa tidak selesa pula bila dia hanya merenung tanpa suara. Takut juga berdua-duan dengannya.
Bukankah bila lelaki dan perempuan berdua-duanya akan ada yang ketiga. Lagipun tidak elok rasanya bila lelaki dan perempuan yang bukan mahram berada dalam keadaan seperti kami ini. Seperti Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : "Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan".
Hish...takmo kahwin free. Takut...takut pada Allah SWT. Takut memalukan emak dan abah. Ya...saya takut.
“Errr...Encik Iqbal, saya pun nak balik la kalau takde apa-apa...Nak kejar tren ni...” aku memberanikan diri bertanya.
“Kenapa? Tren tu lari ke, yang awak nak kena kejar?” terletus tawa kecil dari mulutnya.
Ehh..dia buat lawak ke? Kenapa aku tak rasa macam lawak pun. Aku hanya mencebikkan bibir supaya dia nampak yang lawak dia tu sebenarnya tak lawak langsung di saat dan ketika ini.
Serentak itu dia bangun, mencapai telefon bimbitnya dan menapak perlahan ke arahku. Matanya tidak lepas daripada merenungku.
Sudah...dia ni kenapa ni? Mak abah tolong! Anak dara mak abah ni dah seram sejuk ni.
Dada aku sudah berdebar tak ingat. Muka pun agaknya kalau ditoreh, tak keluar darah. Aku bersiap sedia untuk melarikan diri andai kata dia cuba membuat perkara yang tidak elok padaku.
Aku memang tidak pernah berminat nak belajar sebarang seni mempertahankan diri. Tapi kalau keadaan dah memaksa, aku rasa setakat sepak terajang tu boleh kot untuk mempertahankan diri sendiri.
Dia berhenti di hadapanku. Aku pula memberanikan diri melawan pandangan matanya.
Dia tersenyum nakal. Aku semakin kecut perut.
![]() |
| http://forums.soompi.com |
Aku berundur setapak ke belakang. Mata tidak lepas daripada mengawasinya. Ialah kalau dia macam-macam dengan aku. Siaplah. Tak kira la dia bos ke apa ke. Maruah diri harus dipertahankan.
“Kenapa pucat ni Najla?” dia tersenyum meleret.
“Err.... takde la.. mana ada...” aku cuba berlagak selamba.
Dia kulihat menarik nafas panjang. Mukanya tiba-tiba berubah menjadi serius. Kemudian dia berjalan melepasiku dan terus membuka pintu biliknya.
“Jom... balik sama-sama...” Aiik??? Dia ajak aku balik ke?
Melopong aku dibuatnya. Dah kenapa dia ni? Hari tu pun ajak jalan sama-sama. Ini angin tiada ribut pun tiada, tup-tup ajak balik bersama-sama pula.
Takkan dia dah jatuh hati kat aku kot? Hehehehe... suka la juga kalau betul. Mesti dia ni diam-diam dah jatuh cinta dengan aku ni. Tapi, takkan tidak semena-mena je kot. Perasan la kau ni Najla.
Aku tersenyum sendiri bila memikirkan perkara ni.
“Tak nak balik ke? Tadi kata nak kejar tren...” suaranya mengejutkan aku daripada lamunanku.
“Err... haa.. jomlah” sambil cuba menyembunyikan senyumanku, aku berpusing perlahan ke arah pintu biliknya. Cuba memandang seraut wajahnya untuk meneka maksud di sebalik pelawaannya itu. Tetapi dia terlebih dahulu berjalan menuju ke pintu keluar.
Aishhh...melepas lagi aku.
Kami berjalan tanpa suara. Perasaan membuak-buak ingin tahu dan bertanya padanya kenapa tiba-tiba dia ajak aku balik bersama. Tetapi mulut ni berat sangat rasanya.
Dia pun tiada tanda-tanda ingin berbual. Diam seribu bahasa.
Ahhh.... dengar lagu lagi best. Aku memutuskan untuk memendam sahaja pertanyaanku itu.
Aku mencari earphone di dalam beg sambil berjalan. Hish.. mana pula la earphone ni. Selalu sekali sauk je dah dapat.
“Cari apa?” tiba-tiba dia bersuara.
“Cari earphone...tah mana tah...” aku mejawab tanpa memandang ke arahnya. Masih lagi fokus mencari earphone di dalam beg.
Pinnnnnnnnnnnnn!!!!
Astagfirullah. Aku beristighfar dalam hati apabila terasa tanganku ditarik kasar dan tubuhku ditarik ke belakang. Jantung berdegup kencang. Kereta Ford hitam meluncur laju dihadapanku. Aku terpegun. Terkejut sebenarnya. Tapi aku bersyukur kerana terselamat daripada sebarang kecelakaan. Alhamdulillah.
“Awak ni cuai la! Penting sangat ke earphone tu sampai tak pandang kiri kanan!” Iqbal separa menjerit kepadaku.
Takut pula rasanya tatkala memandang wajahnya yang berubah garang. Merah padam mukanya. Mungkin menahan marah atau mugkin juga kesan terkejut seperti aku. Tangannya masih tidak lepas daripada memegang lenganku. Terasa kejap pegangannya.
“Kalau kena langgar tadi macam mana? Ni nasib baik saya ada. Kalau tak?” dengan muka yang menahan geram, dia melepaskan pegangannya dan melangkah laju meninggalkan aku.
Aku terkedek-kedek cuba mengejar langkahnya yang panjang.
“Saya minta maaf. Tak perasan pun kereta tadi...” setelah berjaya menyaingi langkahnya aku terus memohon maaf. Pelik juga, apasal pula aku kena minta maaf pada dia?
Alah takpa la...Sekali sekala. Lagipun dia dah tolong aku tadi.
“Errr thanks ye Encik Iqbal” dia terus melangkah laju dan masih lagi enggan memandang aku.
Kecut perut pula bila dalam keadaan begini. Tapi kenapa pula aku nak takut? Aku sendiri pun kurang mengerti dengan perasaan hati ini.
Dia berhenti berjalan dan memandang ke arahku. Serentak itu juga aku berhenti berjalan. Rasa cuak untuk memandangnya tapi aku beranikan juga diri.
Sebaik sahaja mata kami bertentangan, dia menundukkan wajahnya dan berbisik perlahan tapi keras ke telingaku.
“Start daripada hari ni, pagi dan petang, kita jalan sama-sama, dari stesen ke office dan dari office ke stesen!”
Baru sahaja aku membuka mulut untuk menjawab dia terus meletakkan jari telunjuknya ke bibirku dan dengan nada tegas dia seolah memberi amaran kepadaku...
“and I don't take no for an answer!”
Dia berlalu pergi dan aku terkesima...
***************************************************************************
Salam... masih lagi dalam mood hari raya...hehehe...masih struggle dalam mencari masa untuk menulis. In shaa Allah minta dipermudahkan segala urusan...
Segala pandangan, komen dan rujukan saya ambil kira untuk terus improvekan my writing. In shaa Allah dgn sokongan anda yg sudi membaca dan memberi pandangan, saya mungkin boleh menulis dengan lebih baik lagi. Amin....
So harapnya Bab 5 ni dpt memberikan sedikit kepuasan di hati anda yg membaca dan spt selalu segala pandangan anda amat saya hargai....


mmg suspens btoi lha . rasa tkut jaw nk bca haha ..
ReplyDeleteTakut nape pulak? Huhuhu tq sbb sudi bace...
Deletemungkin takut sebab sama dengan keadaan diri sendiri?
DeleteErkkk yeke Nur Hidayatullah?
Delete