Yeay! Hari ini hari Jumaat. Best sangat. Aku sudah merancang untuk
bercuti selama seminggu. Tapi, itu pun kalau Encik Iqbal luluskan permohonan cuti
aku. Ya Allah, Engkau permudahkan la segala urusanku. Engkau lembutkan la hati
insan yang berhadapan denganku dan juga insan yang aku berhadapan dengannya.
Amin.
Selesai membaca doa, aku terus menghantar borang cuti kepada Kak Salmah,
setiausaha Encik Iqbal. “Kak, ni borang
cuti saya ye… saya nak cuti start Rabu minggu depan…” ujarku sambil
meletakkan borang ke dalam tray di
atas meja kak Salmah.
“Berapa lama Naj nak cuti? ”
Tanya kak Salmah.
“Seminggu je kak...itupun kalau bos
approve la…”
“Amboi lamanya...nak gi holiday ke?
Ke ada orang nak masuk meminang?” soal kak Salmah sambil mengangkat
keningnya. Nak mengusik aku lah tu.
“Ewah-ewah...kak Salmah, kemain
lagi…takde maknanya. Saya nak pergi Pulau Pangkor la kak… saja nak rehatkan
minda… hehehehe” sudah terbayang di mataku keindahan dan kedamaian Pulau
Pangkor.
“Ha yelah… nanti lepas Encik Iqbal
sign akak inform kau ye…”
“Ok...kak, thanks” sempat lagi
aku mencubit pipi kak Salmah yang tembam tu.
“Ehhh... Naj... nak gossip jap...”
tiba-tiba kak Salmah menahan aku.
“Huish... gossip apa pula kak?”
aku terus merapatkan tubuhku ke meja kak Salmah. Senang sikit nak bergossip.
Dah namanya pun gossip, takkan nak bagi satu dunia dengar kot.
“Kau ingat tak last week? Tan Sri
jumpa Encik Iqbal kan? ” aku mengangguk sahaja tanda masih ingat.
“Encik Iqbal kena transfer ke Kuala
Terengganu la Naj...” berita yang aku dengar daripada mulut kak Salmah
seumpama petir yang tiba-tiba berdentum dan mengejutkan aku.
“Dia
naik pangkat. Jadi GM kat salah sebuah anak syarikat kita kat sana...”kak
Salmah meneruskan bicaranya. Kak Salmah memandang aku. Mungkin hairan melihat
aku yang diam tanpa suara.
“Ohhh...yeke... oklah tu kak...murah
rezeki dia..” terasa lemah bicaraku. Badan juga terasa lemah dan longlai
semasa melangkah ke mejaku.
Aku pandang skrin monitorku. Kosong. Dia kena transfer? Tapi kenapa dia? Habis aku macam mana? Ala, Najla macam
la kau dengan dia ada apa-apa. Kau tu entah-entah bertepuk sebelah tangan saja.
Iqbal tu tak tau pun perasaan kau tu. Kalau dia tahu pun, belum tentu dia tepuk
tangan kau balik.
Uwaaaa... sedihnya. Rasanya macam kurang
semangat aku nak datang kerja lepas ni. Ehh...
tapi bila agaknya dia nak pindah? Aishhh...
kenapala aku tak tanya kak Salmah tadi. Jangan la minggu depan. Kalau minggu
depan, alamat kempunan la aku nak tengok dan simpan wajah dia dalam lubuk hati
aku yang paling dalam ni.
Macam mana ni? Hendak bertanya pada kak Salmah, segan pula terasa. Nanti
apa pula kata kak Salmah. Biarkan saja la. Esok lusa aku tahu juga. Mesti ada
pengumuman nanti. Selalu kalau ada kakitangan syarikat ini yang pindah atau
berhenti, akan ada notis pemberitahuan melalu email kepada semua kakitangan di
sini. Tapi, macam dah terlambat jer kalau hendak tunggu notis tu. Uhuhuhu...serba tak kena aku dibuatnya.
Inilah padahnya kalau bercinta dalam diam. Resah gelisah tanggung sendiri.
“Assalamualaikum!!!” tiba-tiba
pula suara minah ni membingitkan gegendang telinga aku. Nasib baik la kau bagi
salam Arina.
“Waalaikumussalam... Kenapa? Ada
apa-apa yang perlu saya bantu ke Cik Arina?”
“Kau ni kenapa Naj? Yang kau renung
skrin monitor tu sampai macam nak tembus tu kenapa?”
“Takde pape la... Kau ni, aku nak
berangan sikit pun tak boleh... kacau la” aku pura-pura menarik muka masam.
Biar minah ni takut sikit.
“Takde maknanya... Tu boring la tu...
tula.. ada degree IT takmo pakai... sibuk nak jadi Kerani...konon kerja jadi
kerani senang... buat benda sama je... hah sekarang amik kau...”
“Weh... kau ni dah kenapa? Suka hati
aku la...kerja aku...dah jangan nak bising-bising kat sini... kalau takde hal,
sila beredar sekarang. Aku nak buat kerja...” aku terus saja pura-pura
menyibukkan diri.
“Ha.. yelah...nanti lunch jangan lupa
ajak aku tau...” tutur Arina sebelum kembali ke mejanya.
Ya, memang aku ada Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Tapi aku memang tidak
berminat hendak bekerja dalam bidang Teknologi Maklumat mahupun bidang yang
sama waktu dengannya. Aku ambil IT dulu pun sebab ikut kawan. Masa tu, tak tahu
hendak ambil bidang apa. Tanya pada abah aku, dia suruh ambil bidang
Pendidikan, jadi cikgu katanya. Tapi aku tak minat nak jadi cikgu. Sebab aku
rasa tahap kesabaran aku sangat kurang. Hehehehe...besar
tanggungjawab seorang guru ni. Takut tak tergalas bahu aku nanti.
Disebabkan kurang minat, lepas saja tamat belajar di UUM, aku terus memohon
perkerjaan sebagai kerani di sini. Aku guna sijil SPM aku. Alhamdulillah, aku
dapat. Ramai yang bertanya termasuk emak dan abah, kenapa pilih kerani? Entah,
aku pun tak tahu. Mungkin dah rezeki aku kot. Hehehehe...syukur juga sebab mak dan abah tidak membantah pilihan
aku. Mungkin sebab mereka fikir daripada aku duduk goyang kaki kat rumah, baik
aku berkerja. Janji pekerjaan aku tu halal.
Tidak dinafikan yang aku suka dan bahagia dengan pekerjaan aku sekarang.
Gaji pun alhamdulillah, cukup untuk aku dan dapat juga aku bagi pada mak dan
abah setiap bulan. Biarpun tidak banyak tetapi pemberian yang ikhlas itu lebih
penting kan. Emak dan abah aku pun, tidak lah mengharap sangat duit daripada
aku. Tetapi sebagai seorang anak, kalau bukan kepada ibu dan bapa, pada siapa
lagi kita hendak berbakti? Mereka sudah bersusah payah membesarkan kita
sehingga menjadi apa yang kita jadi sekarang. Tidak terbalas rasanya jasa emak
dan abah walaupun aku bagi segunung intan permata.
Nanti kalau sudah berumahtangga, tanggungjawab suami yang mencari nafkah
untuk keluarga kan? Isteri hanya membantu kalau tidak cukup. So, aku tak perlu risau. In shaa Allah,
pintu rezeki Allah sentiasa terbuka untuk umatnya yang sentiasa berusaha.
Jadi Najla, marilah kita berusaha. Lupakan kisah duka yang baru sahaja kau
dengar tadi. Ada jodoh kau dengan dia, maka akan dipertemukan semula kau dan
dia walau ke mana saja kamu pergi. Seperti lirik lagu Muara Hati “Demi cinta dalam hatimu...Ku yakin engkau
untukku...Meski jejak pisahkan kita...Cinta kan bawa kembali padamu...” Hehehehe...jiwang karat la kau ni Najla
Nasuha binti Ahmad Omar.
Tepat pukul satu, aku dan Arina turun ke kafe yang terletak di tingkat satu
bangunan pejabat kami. Kafe ini la yang selalu menjadi tempat makan kami. Ialah
tak perlu susah-susah bawa kereta atau berjalan jauh untuk makan. Di kafe ini bermacam
jenis pilihan makanan ada.
Sampai di depan pintu kafe, kami terserempak dengan Iqbal dan Ghazi. Aduh... kenapa pula boleh terserempak
dengan pujaan hati ni. Tak boleh la aku nak makan dengan senang hati. Sudah tentu
mata ni tidak boleh ditahan, asyik nak memandang wajah kesayangan jela. Macam
ada magnet si Iqbal ni. Mata dan hati jadi melekat kuat padanya.
Bila terpandangkan kami, Iqbal hanya mengganggukkan kepalanya. Laa.. tu je?
Senyum la sikit. Mahal sangat agaknya senyumannya. “Nak makan ke?” Ghazi bertanya sambil menolak pintu kafe dan memberi
ruang kepada kami untuk masuk terlebih dahulu.
“Yelah... nak makan takkan nak basuh
kain pulak...” Arina menjawab sambil mencebik pada Ghazi. Arina ni, memang tidak
boleh bertentang mata dengan si Ghazi ni. Ada saja la yang tak kena. Orang
tua-tua cakap jangan benci-benci. Nanti lama-lama benci jadi cinta. Hehehehe... betul ke ek?
Ghazi hanya tersenyum memandang Arina dan mereka terus bergerak ke meja
paling hujung di kafe ni. Aku dan Arina, terus pergi memilih lauk. Tempat
kemudian boleh cari. Lauk kalau habis, alamat kempunan la nanti.
Selesai membayar harga makanan, kami cepat-cepat bergerak mencari tempat
duduk yang sangat strategik. Sambil makan, sambil mencuci mata. Hehehe...barulah double kenyang.
“Arina, jom kita duduk kat hujung
sana nak?” aku bertanya sambil memuncungkan mulutku yang tidak berapa seksi
ni.
“Hujung sana? Satu meja ngan Encik
Iqbal dan Ghazi ngok ngek tu ke? Takmo la aku” Arina menggeleng laju.
“Haish... takkan la satu meja ngan
diorang. Harus la tak makan kita kang... Meja depan diorang tu la... kan kosong
tu...dah jom!” aku terus menarik tangan Arina ke meja yang berhadapan
dengan tempat Iqbal dan Ghazi.
Entah kuasa magnet mana yang menarik perhatian aku untuk memandang ke arah
Iqbal dan pada ketika itu juga Iqbal sedang memerhatikan aku dengan pandangan
tajam.
![]() |
| Aduh...berdebar rasa hati.... |
Serta-merta aku terasa darah menyerbu ke mukaku, jantung aku berdegup
kencang. Gila punya kencang dan hati aku sangat berdebar. Kaki yang melangkah
terasa lembik dan tanpa aku sedar aku menarik Arina ke meja di sebelah kanan
kedai. Jauh daripada tempat Iqbal dan juga meja yang aku ingin tuju tadi.
“Ehh... kau ni kenapa? Tadi kata nak
duduk kat situ”
“Ermm...ermm... takpela...kita duduk
kat sini jela... best sikit...” aku cuba menenangkan hati yang sedang
bergetar hebat ni. Tidak berani hendak memandang ke arah Iqbal. Walaupun
panahan matanya masih terasa. Fuh!
Hebat sungguh kuasa mata. Betullah orang tua-tua cakap, dari mata turun ke
hati. Ya Allah, Engkau tenanglah hatiku ini, supaya aku boleh menikmati rezeki yang
Engkau berikan ini dengan sebaiknya.
![]() |
| Doa makan...sila baca sebelum makan ye. |
Usai membaca doa makan, aku terus menyuap nasi dan terus melayan celoteh
Arina yang aku sendiri tak faham hujung pangkalnya. Dalam diam aku masih lagi
cuba mentafsir maksud pandangan Iqbal tadi. Tapi, betulkah dia pandang aku? Atau
aku yang perasan?
Hurmmm...mari kita pastikan. Perlahan-lahan aku
memberanikan diri untuk memandang Iqbal. MasyaAllah... renjatan elektrik sekali
lagi berlaku pada aku. Dia masih lagi merenung aku.
OMG.. OMG...belakang aku ni dinding, takkan la dia tenung dinding
ni kot. Aku cuba membalas renungan Iqbal dan tiba-tiba dia tersenyum sambil
menggelengkan kepalanya perlahan-lahan. Apa pula kali ni?
![]() |
| Dia tersenyum... |
“Errr... Arina, Encik Iqbal datang
sini la... ”
“Hurmmm... ha ah la...kenapa ek? Kau
ajak dia dok sini ke Naj?” Arina bertanya dengan muka kehairanan. Kalau dia
hairan aku lagilah.
“Bila masa...”
“Najla...”
Belum sempat aku meneruskan bicara, Iqbal memanggil namaku. Cepat-cepat aku
ambil tisu dan mengesat mulutku sebelum berpaling memandang dia. Harus lah make sure tiada sebarang kesan comot di
muka. Kalau tidak, jatuh lah saham aku.
“Err... ye, kenapa Encik Iqbal?” dengan
penuh ayu aku rmendongak dan melontar pertanyaan kepadanya.
“Awak tak perasan ke?” Iqbal
bertanya sambil tersenyum. Ahhh... mahu
cair aku kat sini nanti. Jenuh la si Arina nak kaut bawa aku balik pejabat
nanti. Ehh...sekejap, dia tanya apa
tadi ek? Ohh.. aku perasan ke tidak. Of course la aku perasan.Perasan yang
dia merenung aku.
“Perasan apa Encik Iqbal?”
Tiba-tiba Arina mencelah dan bertanya bagi pihak aku. Ceh! Potong betul la si
Arina ni.
“Ha ah... Perasan apa?” aku
mengulang pertanyaan Arina sambil mengerutkan dahiku. Konon sebagai tanda yang
aku tak faham akan pertanyaannya itu.
Kenapa dengan kasut aku? Nak pinjam ke? Merepek la kalau dia nak pinjam.
Takkan terlibat dengan aktiviti malam yang kurang sihat kot. Hahahaha... apa saja la yang kau merepek
ni Najla.
“Kenapa dengan kasut saya?”
sambil bertanya aku memeriksa kasut ku.
OMG!
Sebelah selipar sebelah kasut. Malunya. Tak logik sungguh. Kenapa aku tak
perasan ni? Arina pun takkan tak perasan? Ke minah ni saja nak kenakan aku ni?
Arina aku lihat dah tersengih-sengih macam kerang busuk. Siot betul la minah ni.
“Wei! Nape kau tak bagitahu aku tadi?
Kau saje kan?”
“Ehh... mana ada... aku pun tak
perasan la Naj... serious memang aku tak perasan...” Arina
bersungguh-sungguh pula aku nampak. Memang dia tak perasan agaknya. Tak boleh
jadi ni. Kena cover depan Iqbal ni.
“Err... memang saya tak perasan
pun... tapi cool jugak kan Encik Iqbal? Orang lain tak buat, saya buat...
hahahahaha” belasah la Najla.
“Whatever lah...” balas Iqbal dengan
airmuka seperti ‘ada aku kisah?’ dan terus kembali ke mejanya semula. Eleh, macam la mak kisah. Mak pun tak
kisah la noks.
“Arina, kau jangan memandai nak
cerita kat sesape pulak ye... kalau berita ni tersebar, siap kau!” Arina
harus di beri amaran. Kalau tidak, confirm
cerita ni akan tersebar sebaik saja kami sampai di pejabat.
![]() |
| Whatever la! |
Arina hanya mengangguk sambil mengulum senyum jahatnya. Hurmm.. memang lepas ni jadi berita terkini hiburan sensasi la ni. Malas mahu memanjangkan cerita, aku meneruskan saja suapanku tanpa menghiraukan kakiku yang beralaskan selipar dan kasut.
Alhamdulillah, kenyang perut. Tapi macam biasa, bila perut kenyang, mata
pun mula la layu je. Asyik menguap aku ni. Rehat sekejap, bagi makanan dalam
perut ni hadam, lepas tu baru pergi solat. Sambil-sambil tu, boleh la aku layan
Facebook sekejap. Tengok berita terkini kawan-kawan tercinta termasuk la si dia
yang dicintai. Euwww...goli tokak
den. Amboi! makin ramai kawan-kawan aku yang dah rancang hendak kahwin hujung
tahun ni. Sue, Zarina, Shuhada...aikkk
Mun pun sama. Untung la korang, jodoh sudah sampai. Aku seorang saja yang tak
tahu bila. Ada calon, dah nak pergi jauh di mata pula.
“Naj... niha form cuti kau. Encik
Iqbal dah approved...” tiba-tiba je kak Salmah muncul bersama borang cuti aku.
“Kak Salmah ni... cuba la bagi salam
ke...main redah je...terkejut saya tau...” aku pura-pura mengurut dada yang
tak sakit pun. Sekali sekala berdrama dengan kak Salmah.
“Eleh..kau ni...over tau...tah apa
yang kau buat...akak datang pun kau tak perasan...”
“Hish...saya mana ada buat apa-apa kak
Salmah... kan ke kerja saya goyang kaki je...hehehehe... anyway thanks ye kak...”
“Ha..yelah...dengar dek encik bos tu
karang...baru kau tau.. dah la akak nak balik meja... nanti bos hensem tu
tercari-cari pula..hehehe”
“Eh... jap Kak... ermmm...bila Encik
Iqbal nak kene transfer ke Terengganu tu?”
“Surat rasmi belum dapat lagi. Tapi
dengarnya hujung bulan depan. Kenapa? Risau nampak? ” muka kak Salmah dah
macam Odah nak mencari berita sensasi aku nampak. Sebelum berlarutan baik aku cut terus.
“Huish... risau wat pe? Saje la nak
jadi kepochi sekejap... hari tu lupa nak tanya. Jangan nak fikir bukan-bukan ye
kak...”
“Eleh...yela tuh...” dengan muka
separa tak percaya kak Salmah terus menuju ke meja kerjanya semula. Dan aku,
terselamat untuk kali ini. Alhamdulillah.Lama lagi dia nak pindah. Hujung bulan
depan. Sempat lagi aku nak tengok muka dia puas-puas.
Yes! Cuti aku pun dah lulus. Pangkor here I come! Boleh la aku beritahu mak
dan abah ni. Kalau beritahu awal-awal, mesti mak dan abah tak bagi aku pergi
bercuti ke Pangkor sendirian. Sudah masak sangat dengan perangai mak dan abah. Mereka
memang susah nak izinkan anak dara mereka ni kemana-mana kalau tiada peneman.
Masalahnya pula, anak dara mereka ni sangat rimas kalau bercuti beramai-ramai.
Tiada ketenangan. Alah, pandai-pandai la aku pujuk nanti. Aku yakin mesti mak dan
abah bagi. Doa lebih sikit selepas solat nanti. In shaa Allah, dipermudahkan
urusan aku. Hehehehe.. tak sabar nya....
********************************************************************************
Salam...Thanks kepada yang sudi membaca... seperti biasa, semoga korang semua dapat membantu saya memperbaiki penulisan saya melalui komen anda.... :)
********************************************************************************
Salam...Thanks kepada yang sudi membaca... seperti biasa, semoga korang semua dapat membantu saya memperbaiki penulisan saya melalui komen anda.... :)




Best layan membaca pepagi ni.teruskan usaha menulis.
ReplyDeleteThanks yer.. teruskan membaca jugak ye... :)
DeleteAda pun nama i....hihihi..teruskan lg!
ReplyDeleteNama u yg mana? Huhuhu :)
DeleteSIapa tu kak mas?
ReplyDeletelelaki itukah? nama dia Dennis Joseph O'Neil. Known professionally as Dennis Oh (데니스 오)...is an actor and model in South Korea... comeyy tak? hehehehe
Deletecomel cerita ni..hihi. nak buat jadi berapa bab kak? update seterusnya bila pulak?
ReplyDeleteThanks coz baca... Hehehee... Berapa bab not sure... Ikut flow of this mind heeheh tp sbb first time menulis, mungkin babnya x byk.. Next update in shaa Allah this friday coz nak try meet SLA to update once a week hehehee
Delete