Friday, July 19, 2013

Diam-Diam Cinta - Bab 2

Assalamualaikum semua... Ok ni Bab 2 DDC... Terima kasih atas kesudian korang semua membaca dan juga terima kasih atas segala comments and feedback. Sangat-sangat saya hargai. Korang semua memberi semangat untuk saya terus rajin menulis. Saya akan cuba post 1 bab every week but depends on masa. In shaa Allah, andai ada kelapangan maka dapatla saya laksanakan. Tetapi sekiranya lambat dpd yg dijanjikan, harap korang sudi menunggu (ade ke yg nak menunggu? hehehe).. ok so now enjoy Bab 2.. spt biasa komen tentang penulisan saya sgt saya harapkan untuk saya improve kan lagi penulisan saya di masa hadapan...in shaa Allah...

           *********Bab 2***************



Gedebuk!!Aduh…” sakitnya lutut dengan bibir aku. Alamak... aku jatuh tertiarap ke?.. ohh nocover Najla cover… pejamkan mata, buat-buat pengsan sudah.“Miss..miss are you ok?” aku terdengar suara perempuan bertanya. 

Dia pengsan la.. Encik dia pengsan!” perempuan itu bersuara lagi. Adeh la macam mana ni? Malunya aku. Ala...buat-buat pengsan sudah. Hehehehe nak cover malu punya pasal. Redah jela,  janji tak malu.

Tiba-tiba aku terasa ada seseorang memegang badan aku dan cuba memusingkan badan aku yang tertiarap ni. Aiyookk...macam mana ni? Arghh… ikutkan jela… “Najla! Najla Nasuha.. are you ok?Eh! Macam kenal je suara tu. Suara dia kah? Alamak, lagi la malu. Tah macam mana la rupa aku ni.

Haish… harap-harap oklah.. hehehehe malu la kalau pujaan hati aku tengok muka aku yang tak semenggah ni. Yela, aku memang la tak secantik Emma Maembong tu, tapi manis tetap ada. Hahaha sempat juga tu. Ehh…cam dah lama sangat aku ‘pengsan’ ni. Nanti lagi lama aku berlakon, lagi lambat la aku masuk pejabat.

Perlahan-lahan aku buka mata dan sebaik sahaja mata aku terbuka, mata itu sedang merenung aku. Terasa membahang pula muka aku ini. “Najla, awak sedar tak ni?” dia bersuara. “Najlaaaa” sekali lagi Iqbal bersuara sambil matanya meliar memerhati wajah aku. 

Ermm.. saya sedar…errr.. saya jatuh ke?hahahaha.. gila kau berlakon Najla…“Ya, awak jatuh… bibir awak luka ni… ada rasa sakit kat tempat lain tak?” Iqbal bersuara lagi. Kalau la aku tak kenal dia, mesti aku dah terperasan yang dia ni concern pasal aku. Tapikan, memang patut la dia risau kan? Aku kan jatuh, lebih kurang macam orang yang tengah sakit la kan. 

Mmm... lutut saya rasa sakit…” aku menjawab ala-ala manja sambil cuba bangun. Tapi memang sakit pun lutut aku. “Aduh! sakit la…” Boleh jalan ke tidak aku ni. Harap-harap boleh la. Lebam ke lutut aku ek? Nak tengok, tapi takkan nak selak kain kat tempat awam ini kot. Kejap lagi la, dekat pejabat nanti.

Miss, bibir you berdarah la.. nah ambil tisu ni lap..” perempuan tadi bersuara sambil menghulurkan tisu pada aku. Aku pandang keliling, perghh lega sebab hanya kami bertiga di sini. Takdela malu sangat.

Thanks yer….” Mestila kena berterima kasihkan. Orang dah tolong kita. Semasa mengelap tisu di bibir, terasa macam bengkak pula. Entah-entah sudah macam bibir Angelina Jolie bibir aku.

You ok ke miss? Nak I teman ke office you?” dengan wajah yang penuh concern perempuan itu bertanya lagi. 

It’s ok.. I satu pejabat dengan dia.. I’ll walk with her.. thanks” belum sempat aku menjawab, Iqbal terlebih dahulu menjawab bagi pihak aku.

Ohh..ok then..take care…” setelah melihat aku mengangguk baru perempuan itu meneruskan perjalanannya. “Jom Najla… boleh jalan tak ni? Nak saya pimpim ke? ” Gila apa nak berpimpin bagai. Harus la masuk segmen gossip se-antero pejabat nanti.

Ermm… takpe-takpe.. saya boleh jalan..thanks…” Walaupun nafsu jahat ni melonjak-lonjak mahu menerima pelawaan pujaan hati ku ini. Tapi nafsu baik aku masih lagi mampu mengekang nafsu jahat aku. Eh jap... ada ke nafsu baik? Entah, hentam sajala Najla. Janji tak dapat dosa.

Dia mengangkat bahu sambil memberi isyarat supaya aku mula berjalan. “Krreuukk…” alamak perut, masa ni la kau nak berbunyi. Malunya…double malu kau ni Najla. Iqbal memandang aku sambil tersenyum sinis. Aku pula rasa kulit muka ni sudah tebal 10 inci. Panas semacam rasa muka aku ni. 

Sudah! Baik aku angkat kaki cepat sebelum loceng amaran perut aku berbunyi kali kedua. Sambil menahan sakit, aku cuba berjalan selaju yang mungkin. Segan sebenarnya dengan Iqbal. Dari ekor mata aku melihat dia mengekoriku dari belakang. Mungkin untuk pastikan aku tak jatuh lagi. Ambil berat juga mamat ni kat aku. Hoi! Perasan kau Najla tapi sekali sekala apa salahnya jadi perasan kan.

Laparnya perut aku. Nak singgah kafe beli breakfast macam tak sempat. Dengan kaki yang sakit dan bibir yang bengkak takkan nak menyinggah lagi kot. Lagipun Mr. Boss pun ada kat belakang aku nih. Nanti apa pula dia cakap. Haih…makan la biskut 3 keping yang ada kat meja tu. Tahan ke tidak sampai ke lunch, aku pun tak tahu.

Alhamdulillah, sampai juga ke meja aku. Pergh..lega rasanya. Letak beg, lepas tu terus pergi tandas. Aku nak check lutut aku ni. Cedera parah ke...yang pedih dan sakit sangat rasanya. Ehh.., mana Iqbal? Bukan tadi dia dekat belakang aku ke? Bilik dia kosong lagi. Hurmmm…pelik. Ahh…biarkan saja la.

Sampai di tandas, terus aku periksa bibir aku. Ok complete set...bengkak, lebam dan luka. Habis la kurang dah kecomelan kau Najla. Jom kita check lutut pula. Hurmm.. kain tak koyak pun tapi lebam dan luka sikit. Kurang lagi seribu duit hantaran aku ni. 

Selepas membersihkan muka dan membetulkan tudung aku yang senget terus aku bergerak ke meja kerja aku semula. Sambil berjalan ke meja, aku tidak lupa untuk mengintai bilik lelaki pujaan aku. Hah! Ada pun dia. Entah ke mana saja la dia menyinggah tadi ni. Nasib baik la kau tu bos aku. Kalau tidak, hendak saja aku pergi soal siasat. Mana la tahu, kot dia jumpa buah hati sekejap ke. Alamat melepas la aku. Fuhhh... harap-harap tidak la.

Woit! Makcik…kau kenapa ni? Dah macam Angelina Jolie tak siap aku tengok!Huk aloh.. si Arina ni kalau cakap tu tak reti ke nak slow-slow. Ini dah macam loud speaker dah. Habis satu pejabat boleh dengar.

Nasib baik tempat aku ini dekat ‘lot tepi’. Makanya jeritan si Arina ni takde la sesiapa dengar. Tempat aku ini juga memang sesuai sangat jadi port untuk bergossip. Tapi hanya pada masa tertentu saja. Masa Encik Iqbal handsome takde kat pejabat. Kalau dia ada, tak berani deh mereka nak melepak sambil bergossip dekat tempat aku. Almaklumlah, bilik bos dengan meja aku kan sepelaung jer.

Cantik apa Angelina Jolie..seksi gitu…kau ada?” 

Arina mengerutkan dahi sambil matanya terus menilik muka aku. “Weh..cakap la Naj… nape kau ni? Kau kene ragut ke?

Choi! Simpang malaikat 44…aku terjatuh tadi… kenapa tah…tetiba je…ni lutut aku pun sakit giler ni..” aku dengan relanya menerangkan keadaan sebernarnya kepada Arina.

Hahaha..kau jatuh? Kau berangan apa tadi weh?Ciss...Arina, kau ketawakan aku.
Weh.. tak baik kau ketawakan aku…serius sakit ni…” aku buat muka sedih sambil berkerut menahan sakit. Nak pancing simpati sahabat baik aku ni.

Tapikan…kau nak tahu Arina...Encik Iqbal tolong aku tadi…hehehehe..jangan jelous…” aku rasa mesti muka aku dah macam kerang busuk masa keluarkan statement ni.

Aku lihat Arina mencebik. “Takde maknanya aku nak jelous… takat Encik Iqbal tu…si mata sepet…hahahaha…sombong pulak tu.. eiii..tak heran aku…” Suka hati kau jekan Arina, kutuk buah hati aku. Biarkan jela, nanti kalau aku terlebih membela mamat tu, pecah pula rahsia cinta aku. 

Yela… apa-apa jela Arina…”

Arina tersengih sambil membaca kertas laporan yang dia bawa sekali.

“Ehh..kau ni takde kije ke Arina? Tak takut ke bos nampak kau bertenggek kat sini? Kang tak pasal-pasal aku pun kene.” 

Ha ah la weiii…aku lupa la..tujuan aku jumpa kau ni sebab nak beritahu kau… bos ada beli breakfast untuk kita semua…” Apa pula mimpi pula Iqbal ni? Tak pernah-pernah dia murah hati macam ni.  

Errr… Arina, ada apa ek hari ni? Tetiba je mamat tu nak bersedekah bagai?” Pelik juga aku. Tiba-tiba je. Takde angin tiba-tiba pokok bergoyang. Kan ke pelik tu? Ke sebab dia terdengar perut aku berbunyi tadi? Eleh… perasan lagi kau ni Najla.

Naj..sempat pula kau berangan ye...dahla berangan tu Naj… jom la ke pantry... kalau kau tak nak…aku gi dulu lah…” sebaik sahaja habis bercakap, Arina pun terus bergerak laju ke pantry. Si Arina ni kalau pasal makan laju je. 

Huarghh…” ngantuk sudah datang lagi. Malasnya nak pergi pantry. Aduh… tetiba terasa perut aku memulas. Masa ini la kau nak memulas kan perut. 

Najla…kenapa tak pergi makan kat pantry? Tak lapar ke?” tiba-tiba terdengar suara itu. Bila aku pandang ke atas, terus ternampak muka Iqbal kesayanganku. 

Haa.. nak makan la ni… tapi saya nak pergi washroom dulu.. Jap lagi saya pergi pantry...” cepat-cepat aku menjawab pertanyaan Iqbal dengan harapan agar cepat la mamat ni blah dari tempat aku. Perut ni dah makin kritikal sakitnya ni. Nanti ada pula yang termalu kali kedua bila ada bau-bauan yang kurang enak terkeluar.

Ok...Aikk.. OK jer? Sebaik sahaja Iqbal bergerak dari meja aku, berdesup la aku ke tandas. Tak boleh tahan meh

Usai melaksanakan hajat, aku kembali ke meja aku. Tapi sampai di meja, ada sebungkus nasi lemak dan tiga ketul kuih karipap di atas meja aku. Aikk.. siapa pula yang baik hati ambilkan untuk aku ni? Arina ke? Laju tangan aku mencapai telefon.

Hello...Grande Corporation...” sebaik mendengar suara Arina yang tak berapa merdu tu terus aku bertanya “Arina, Naj ni... aku nak tanya, kau ke yang tolong ambilkan nasi lemak dengan kuih ni untuk aku?” 

Hei… takde maknenya aku nak ambil untuk kau…

Lorr kalau bukan kau siapa pulak? Haish.. misteri sungguh ni. Takkan kakak tea lady kot

Ala tak tahu la aku Naj… kau makan jela…rezeki kau la tu… rezeki orang sakit.. hahahaha

Amboi sakan kau ek…takpe… takpe.. oklah… perut aku pun dah nak gastrik niha.. baik aku makan daripada borak ngan kau.. ok bye…” terus je aku letak telefon tanpa menunggu balasan daripada Arina. 

Siapa pulak la yang ambil kan untuk aku ni yer...mmmmm” fikir Najla...fikir. Takkan Iqbal kot? “Ahh...tak kisah la sesapa… terima kasih la ye…bismillahhirrahmannirrahim…” Apa-apa pun kita makan dulu. Lepas tu baru fikir siapakah yang baik hati yang menolong aku ni. 

Baru dua suap nasi masuk dalam mulut aku, tiba-tiba Iqbal datang ke meja aku. Apa lagi yang mamat ni nak? “Najla...tadi saya ambilkan breakfast untuk awak... saya tahu awak lapar...alang-alang saya ke pantry, saya ambil sekali...Haaa... dia ambilkan untuk aku? Melopong sekejap mulut aku.

Encik Iqbal, Tan Sri nak jumpa...” kak Salmah, setiausaha Iqbal tiba-tiba datang mencelah.

Ok... Najla...  continue la makan... saya nak jumpa CEO kejap...” 

Entah apa saja la yang CEO ni nak. Nasib baik la Iqbal aku hanya Ketua Bahagian, dapat la aku tengok dia hari-hari. Agaknya kalau dia CEO syarikat ni, harus la kempunan aku nak tatap wajah dia. 

Ehem...” Iqbal berdehem membuatkan aku tersedar. 

“Ooo...thanks Encik Iqbal...Saya ingatkan secret admire mana tadi tolong amikkan untuk saya... Dah 2 kali encik tolong saya hari ni...” sambil malu-malu aku mengucapkan terima kasih. Yelah, org berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.


6 comments:

  1. Silalah buat sambungannyer lg..tak sabar menahan...kurang2 seminggu 3episod.mcm sequel drama plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah.. Akan ada sambungannya.. Tp seminggu 3 bab mcm wow! Takut masa & idea x dtg sekerap itu hehehehe... Btw tq sbb sudi bace...

      Delete
  2. I've not read any novel neither cerpen for quite some times. Hehe now .. am forcing myself to do it again. Bravo maz. Nexxttt please.
    By the way .. bila baca character si iqbal tu mcm watak doc aaron aziz dlm cite misiku kuza lak .. hehe putih .. mata sepet .. agak2 sombong .. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak mus for forcing urself to read my novel to-be..hehehehe.. in shaa Allah akan ada next chapter.. doakan supaya saya tak stop in the middle of the story..huhuhu

      ala..definitely not him...hehehehe..plus x minat dgn pelakon tu...nanti saya letak pic Iqbal yg menjadi bayangan sy utk this novel ye... even my husband pun curious ttg siapakah Iqbal yg naik tren from Gombak to Ampang Park nih... ngeh..ngeh..ngeh..

      Delete
  3. Replies
    1. TQVM dada... hurmmm maybe bleh letak nama ko in the story miahahaha.... :P

      Delete